Tak Wajib Pelitup Muka Di Luar Bangunan, Ini Antara SOP Baharu Mulai 1 Mei

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebentar tadi mengumumkan kerajaan telah memutuskan untuk memberi beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 bermula 1 Mei ini.

Antaranya pemakaian pelitup muka yang tidak lagi diwajibkan di kawasan terbuka. Ia bagaimanapun tetap digalakkan kerana pemakaian pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan.

Namun orang ramai masih diwajibkan untuk memakai pelitup muka apabila berada di dalam bangunan (indoor), dan di dalam pengangkutan awam termasuk e-hailing.

“Pelitup muka bagaimanapun boleh ditanggalkan, semasa melakukan senaman berat di dalam bangunan, tetapi ia hendaklah segera dipakai semula setelah selesai melakukan senaman tersebut; sekiranya berseorangan di dalam suatu ruang; ketika sedang makan, minum; ketika sedang berucap; dan membuat persembahan.

“Pemakaian pelitup muka terutamanya di dalam bangunan dan pengangkutan awam masih lagi penting untuk melindungi diri serta orang di sekeliling kita, terutamanya mereka yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan individu immunocompromised,” katanya lagi.

Selain SOP tersebut, empat lagi SOP yang diberikan kelonggaran ialah :

  1. Ujian Covid-19 pra-berlepas dan semasa ketibaan tidak lagi diperlukan untuk pelancong yang lengkap vaksinasi untuk memasuki Malaysia.
  2. Daftar masuk MySejahtera tidak lagi diperlukan untuk memasuki premis mulai 1 Mei 2022. Kemasukan ke premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi. Walau bagaimanapun, kes positif Covid-19 dan mereka yang berada di bawah HSO masih tidak dibenarkan memasuki premis.
  3. Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di dalam bangunan mulai 1 Mei 2022. Walau bagaimanapun, ia adalah pilihan di luar bangunan tetapi digalakkan apabila berada di tempat yang sesak dan untuk individu berisiko tinggi.
  4. Mulai 1 Mei 2022 juga, pesakit positif Covid-19 boleh dilepaskan dari kuarantin lebih awal jika mereka diuji negatif pada Hari-4.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

1 hour ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

2 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

3 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

4 hours ago