JAIP Bakal Wujudkan Pusat Pelupusan Al-Quran Dengan Teknologi Khas Di Setiap Daerah

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bakal mewujudkan pusat pelupusan al-Quran di setiap daerah di negeri tersebut untuk memudahkan proses pelupusan ayat-ayat suci al-Quran dilakukan.

Memetik laporan Kosmo, Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Zakaria Mohamed memaklumkan, pusat pelupusan al-Quran dengan menggunakan teknologi khas itu akan dibina dalam masa yang terdekat.

JAIP ada dua pusat pelupusan al-Quran

“Pada masa ini JAIP memiliki dua buah pusat pelupusan al-Quran di daerah Pekan dan Jerantut menggunakan teknologi dan kepakaran khas untuk memproses abu al-Quran.

“Di Temin, Jerantut kepakaran dan teknologi relau digunakan diimport dari Jepun dengan kos kora-kira RM38,000,” jelasnya ketika ditemui dalam satu sidang akhbar majlis pelupusan abu al-Quran dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan ImanCare.

Turut hadir bersama, Palima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Datuk Zulhelmy Ithnain.

Individu yang nak lupuskan al-Quran boleh berhubung pejabat agama

Zakaria berkata, individu yang ingin melupuskan al-Quran boleh berhubung dengan mana-mana pejabat Agama Islam di daerah masing-masing bagi pengumpulan sebelum ia dilupuskan.

Mengulas lanjut, al-Quran perlu dilupuskan dengan teknik yang tertentu serta berpandukan rujukan-rujukan dalam Islam di mana ia perlu dihantar kepada pihak pejabat agama Islam daerah dan akan dikumpulkan sebelum ia dihantar ke pusat pelupusan.

Beliau dalam masa sama turut memaklumkan sebanyak enam tan abu al-Quran telah dilupuskan di Laut Cina Selatan di kedudukan kira-kira 10 batu nautika dari persisiran pantai pangkalan TLDM Tanjung Gelang pada hari ini (26 Mei).

Jumlah pelupusan kali ini paling tinggi sebab banjir

“Jumlah kali ini paling tinggi mengambil kira al-Quran yang musnah akibat kejadian banjir yang kebanyakannya datang dari daerah yang terjejas teruk iaitu dari Bentong dan Temerloh.

“Seperti ramai sedia maklum, dua kali banjir melanda daerah Bentong secara mengejut dan mangsa tidak sempat menyelamatkan al-Quran.

“Jadi ia perlu ‘diselamatkan’ dengan cara baik dan salah satunya adalah dengan pelupusan abu al-Quran di laut,” jelas Zakaria lagi.

Perkara sama turut dikongsikan Pencetus Ummah (PU) Amin di laman Instagram beliau.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

1 hour ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

2 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

3 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

4 hours ago