‘Jaga’ Kantoi Menyamar Jadi Pegawai Tentera Rupanya Nak Pikat Janda Dalam Kem

Baru-baru ini media melaporkan seorang lelaki telah ditahan polis kerana menyamar sebagai tentera dan menceroboh sebuah kem tentera darat di Tampin, Negeri Sembilan.

Difahamkan dia yang sudah diburu sejak 2018 ditahan di sebuah rumah di Perumahan Rakyat Kampung Sungai Layang, Rembau pada Selasa, 31 Mei.

Siasatan kemudian mendapati lelaki berkenaan telah menyamar sebagai pegawai berpangkat kolonel dalam Grup Gerak Khas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kesalahan itu dilakukannya pada 8 Disember 2018 di Kem Batalion Kedua, Rejiman 508, Askar Wataniah, Tampin.

Menyamar sebab nak pihak janda

Terbaharu, media melaporkan lelaki itu yang juga seorang pengawal keselamatan melakukan perkara berkenaan kerana mahu memikat seorang anggota tentera wanita bergelar janda.

Perbuatan suspek berusia 27 tahun berstatus bujang itu bagaimanapun memakan diri apabila dia gagal menunjukkan sebarang identiti sebagai seorang pegawai tentera.

Namun dia berjaya melarikan diri sebaik menyedari penyamarannya tidak menjadi dan isu tersebut pernah dilaporkan media beberapa tahun lalu.

Foto: Rejimen Artileri Diraja

Polis rampas pakaian seragam serta beberapa aksesori termasuk senjata ‘airsoft’

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, pihaknya merampas pakaian seragam tentera berserta aksesori antaranya senjata ‘airsoft’, beg yang mempunyai logo pasukan keselamatan dan sepasang gari.

“Hasil soal siasat, lelaki tersebut mengaku terbabit dalam kes menyamar sebagai pegawai tentera di Kem Batalion Kedua, Rejiman 508, Askar Wataniah, Kem Tampin.

“Suspek melakukan kesalahan itu pada 8 Disember 2018,” kata­nya kepada Kosmo.

Foto : Kosmo

Nak buktikan dia seorang pegawai ATM

Tambah beliau lagi, suspek yang merupakan pengawal keselamatan di sebuah premis di Pedas mula berkenalan dengan wanita berkenaan pada tahun sama.

“Suspek mahu membuktikan kepada wanita itu bahawa dia seorang pegawai berpangkat tinggi dalam ATM,” kata Anuwal Ab Wahab lagi.

Beli uniform dari anggota yang lari tugas

Tambah beliau, pakaian seragam tersebut dibeli suspek daripada seorang anggota tentera yang lari daripada tugas.

Menerusi carian BuzzKini, suspek sebelum ini pernah tular di media sosial dan orang ramai khususnya anggota tentera yang bertugas di kem telah diminta agar berhati-hati kerana bimbang individu itu turut memasuki kem lain.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.


Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago