Hasrat Terakhir, Minta Dinyanyikan Lagu Justin Bieber Sebelum Dikebumikan [Video]

Kebiasannya, proses membawa jenazah ke tempat pengebumian akan diiringi dengan doa atau lagu yang sesuai mengikut agama masing-masing.

Namun proses mengiringi satu jenazah di Indonesia ini agak berbeza kerana ia turut diiringi dengan lagu dendangan artis antarabangsa terkenal, Justin Bieber.

Mula dimuat naik di laman TikTok @madesurata0, video berdurasi 23 saat itu ternyata mencuri perhatian para netizen hingga mendapat 3.6 juta jumlah tontonan serta 306,000 tanda suka.

@madesurata0

#fyp jaman milinial.tumben ad permintaan seperti inišŸ˜­šŸ˜­

ā™¬ suara asli ā€“ Made Surata585 ā€“ Made Surata585

Menerusi rakaman tersebut, dapat dilihat ahli keluarga dan kenalan si mati sedang menyanyikan lagu ā€œGhostā€ yang baru sahaja dilancarkan pada tahun lalu.

Berdasarkan maklumat daripada video, ia merupakan permintaan si mati sebelum dia meninggal dunia.

Bagi menghormatiĀ hasrat terakhirnya itu, keluarga terdekat dan jiran tetangga si mati kemudian menunaikan permintaannya.

Dapat pelbagai reaksi netizen

Menerjah di ruangan komen, pelbagai reaksi yang telah diberikan oleh netizen terhadap video tersebut.

Ada yang merasakan ianya agak pelik serta berbeza dari kebiasaaan, dan ada juga yang merasakan mereka mungkin hanya mahu menunaikan permintaan terakhir si mati.

Malah ada segelintir yang turut merasakan ini tidaklah sepelik mana kerana ada budaya yang turut mengamalkan perkara sebegini terutamanya di negara-negara Eropah.

Ada juga yang turut menyeru Bieber dengan melakukan ā€˜tagā€™ pada namanya agar menonton video tersebut.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

53 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago