Turun Harga Barang Atau Turun Jalan Raya, Gesa Kesatuan Pelajar UIAM & UM Pada Kerajaan

Dua kumpulan pelajar pada Sabtu lalu (25 Jun) menggesa agar kerajaan menurunkan harga barang serta mengingkatkan bahawa kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan berlakunya protes jalanan.

Kenyataan dari Kesatuan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) itu susulan tindakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan memansuhkan subsidi dan harga siling bagi beberapa barangan keperluan.

Kenaikan mendadak harga barangan harian dalam tempoh yang singkat

Kedua-dua pertubuhan universiti itu turut menjangkakan pemansuhan subsidi minyak masak dan harga siling barangan keperluan harian yang akan bermula 1 Julai ini akan menyebabkan lonjakan mendadak harga barangan dalam tempoh yang singkat.

Dalam satu kenyataan di laman twitter rasmi Kesatuan Pelajar UIAM, bertajuk “Turun Harga atau Turun Jalan Raya”, mereka menyelar tindakan kerajaan yang ingin menghapuskan subsidi dan harga siling tersebut.

“Kami berpendapat keputusan ini dibuat tanpa mengambil kira situasi rakyat. Pemansuhan subsidi ini akan menyebabkan harga kebanyakan barangan keperluan harian meningkat secara mendadak dalam masa yang singkat.

Kesatuan pelajar UIAM dan UM

“Kenaikan harga barangan ini akan memberi kesan negatif kepada semua lapisan masyarakat termasuk mahasiswa dan mahasiswi,” ujar mereka.

Kegagalan kerajaan akan mencetuskan demonstrasi jalanan

Kenyataan yang disertakan dengan tanda pagar #turun itu mengingatkan kerajaan bahawa kegagalan menurunkan harga barang akan mencetuskan protes orang ramai di jalan raya.

Dalam pada itu, Kesatuan pelajar UIAM dan UM itu turut menasihati kerajaan agar mengemukakan pelan yang dapat membantu semua lapisan masyarakat dan tidak bersikap pilih bulu.

“Pelan yang dikemukakan seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) amatlah tidak memadai bagi menampung keperluan rakyat dalam jangka masa panjang.

“Berhentilah menjadi pemimpin ‘Keluarga Malaysia’, jika anda sendiri menindas ahli keluarga tersebut.

Kesatuan pelajar UIAM dan UM

“Kesatuan Pelajar UIAM dan UM menuntut agar kerajaan bertanggungjawab serta membentangkan langkah-langkah dan pelan untuk membendung kenaikan harga punca dari kesilapan sendiri,” ujar mereka lagi.

Kredit gambar: Twitter IIUM

Recent Posts

  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

1 hour ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

2 hours ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

6 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

6 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

7 hours ago