Wanita Ditimpa Buah Kelapa Sewaktu Membonceng Motor, Kini Dirawat Di HPP

Seorang wanita yang tercedera selepas ditimpa buah kelapa sewaktu membonceng motosikal di Jalan Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada petang semalam (26 Jun) kini sedang menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz memaklumkan beliau telah menghubungi anak kepada mangsa yang memberitahu ibunya mengalami cedera kerana kejadian itu, lapor Berita Harian.

Sudah hubungi anak berkenaan perkembangan mangsa

“Mangsa dikenali sebagai Puan Anita sedang dirawat di HPP dan saya ada menghubungi anaknya bertanya khabar mengenai perkembangan mangsa. Perkara ini memang tidak diduga dan kita amat bersimpati.

“Jadi untuk mengelakkan kejadian sebegini berulang, kita akan jalankan kerja menebang 11 pokok kelapa bermula 2 petang ini di samping meneliti pokok berisiko lain di sepanjang jalan,” jelasnya.

Azrul yang melihat kawasan insiden bersama dengan pegawai landskap Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memberitahu, operasi penebangan pokok akan dilakukan menggunakan jentera angkat atau skylift yang dijangka selesai sebelum pukul 5 petang hari ini.

Anak maklumkan ibu alami kecederaan yang agak parah

Sebelum ini anak mangsa Yaya Ghani menerusi hantarannya di Facebook memaklumkan keadaan ibunya parah selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggang oleh adiknya.

“Ya, (wanita) yang berlari ke arah mangsa ialah adik perempuan saya. Alhamdulillah mama sedar dan masih berada di HPP.

Patah bahu kanan, patah tangan kiri dan cedera di tulang rusuk

“Keadaan mama agak parah dan patah tulang bahu kanan, patah tangan kiri selain cedera tulang rusuk.

“Keadaan adik perempuan baik saja cuma masih trauma. Saya mohon semua agar semua doakan kesembuhan mama saya,” jelasnya.

Peniaga durian yang merupakan saksi insiden tersebut, MD Ghazali Shahari, 62, memaklumkan semasa insiden jam 3.30 petang dia sedang melayan pelanggan digerainya sebelum terdengar bunyi jeritan kuat.

Lihat mangsa jatuh tergolek di jalan raya

Jelasnya, dia melihat mangsa dan topi keledar yang dipakainya jatuh tergolek di jalan raya.

“Jalan agak sibuk ketika itu dan saya dibantu beberapa orang lagi segera menahan kenderaan yang lalu-lalang. Selepas itu saya terus menghubungi ambulans dan meminta supaya mangsa tidak dialihkan sebelum petugas kesihatan tiba kerana kita tidak tahu bahagian badan mana yang cedera,” ulasnya.

Insiden buah kelapa jatuh dah jadi banyak kali

Menurutnya, insiden buah kelapa luruh di jalan sudah berlaku banyak kali tetapi ini adalah kali pertama ia melibatkan kemalangan hingga mengancam nyawa.

“Selalu ia jatuh di tempat yang tiada orang dan pernah juga menimpa kenderaan dan bumbung gerai saya. Tetapi tiada kerosakan yang teruk dan sudah ada sebatang pokok kelapa berdekatan gerai ditebang sebelum ini,” katanya lagi.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

1 hour ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

1 hour ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

2 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

3 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago