Ditemui Berlumuran Darah Di Bilik Tidur, Bekas Guru Maut Ditikam Anak Sendiri

Seorang wanita warga emas meninggal dunia selepas disyaki ditikam di bahagian leher oleh anak lelakinya dalam insiden di Kampung Paya Luboh, Melaka, pada petang tadi (5 Julai).

Dalam insiden lebih kurang 3 petang tersebut, mangsa yang merupakan bekas guru dijumpai dalam keadaan berlumuran darah di dalam kamar tidur rumahnya.

Disahkan meninggal dunia kerana alami kecederaan parah

Menerusi laporan Astro Awani, mangsa lebih kurang sebulan yang lepas baru sahaja kehilang suami telah disahkan meninggal di tempat insiden kerana mengalami kecederaan parah dibahagian leher disyaki akibat ditikam anak kandungnya yang berusian 40-an dengan menggunakan sebilah pisau.

Saksi yang merupakan jiran berdekatan, Jamaliah Md Jamil, berumur 35 tahun memaklumkan semasa insiden berlaku dia berada di kedai runcit miliknya yang terletak lebih kurang 10 meter dari kawasan berkenaan.

Dengar bunyi suara menjerit minta tolong

“Tiba-tiba sahaja saya terdengan bunyi suara adik perempuan suspek ini menjerit meminta tolong sebelum saya bergegas je rumahnya dan nampak dia sedang berlari dalam keadaan panik dan memaklumkan ibunya ditikam.

“Saya kemudian minta bantuan jiran lain dan juga sesiapa sahaja yang lalu untuk panjat pagar rumah mangsa ini dan mereka terus menahan suspek dan difahamkan suspek pun hanya mendiamkan diri dan tidak lari.

Lihat mangsa berlumuran darah

“Apabila dapat kunci rumah, saya terus bergegas masuk ke dalam rumah dan nampak mangsa terbaring di dalam bilik tidurnya dalam keadaan berlumuran darah,” jelas saksi itu.

Ulasnya, walaupun tahu kisah dan sejarah suspek yang merupakan penganggur, dia mengakui berasa terkejut dengan insiden yang terjadi kerana lelaki tidak pernah menunjukkan sikap pemarah.

Tahu dia penagih – saksi

“Memang tahu dia penagih tetapi tidak pernah nampak dia mengamuk ke apa sebab dia memang baik, ramah juga dengan jiran-jiran dan orang sekeliling memang kenal dia.

“Suspek ni anak sulung dan memang tinggal berdua sahaja dengan ibunya (mangsa) tetapi adik beradik yang lain selalu juga datang, dan ayahnya juga baru sahaja meninggal dunia lebih kurang sebulan lepas,” kata Jamaliah.

Siasatan masih dijalankan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit sewaktu dihubungi telah mengesahkan insiden tersebut, tetapi tidak mahu untuk mengulas lebih lanjut kerana siasatan sedang dilakukan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

10 mins ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

16 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

17 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

18 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

19 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

21 hours ago