Lelaki Didenda RM3000 Gara-Gara Peluk Bekas Rakan Sekerja Wanita Dalam Lif

Seorang lelaki telah didenda sebanyak RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam (12 Julai), kerana melakukan perbuatan cabul dengan memeluk bekas rakan sekerjanya wanita di dalam lif.

Menerusi laporan Kosmo, Majistret Fardiana Haryanti Razali telah menjatuhkan hukuman denda tersebut kepada tertuduh yang berumur 31 tahun itu apabila dia mengaku bersalah terhadap tertuduhan yang disabitkan kepadanya.

Peluk wanita tersebut dengan tujuan untuk mencabul kehormatan

Menerusi kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan kekerasan jenayah terhadap bekas rakan sekerjanya iaitu seorang wanita berusia 30 tahun atas tujuan mencabul kehormatan wanita tersebut dengan memeluknya.

Perbuatan itu dilakukan di dalam lif tingkat 16 di sebuah pejabat di Brickfields, Kuala Lumpur pada jam 8.17 pagi, 22 Jun yang lepas.

Ekoran itu, pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membolehkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman tersebut.

Mohon untuk hukuman minimum kerana telah menyesal

Sebelum ini, peguam, Syama Sundar, yang mewakili lelaki tersebut memohon untuk hukuman denda minimum disebabkan anak guamnya amat malu serta menyesali dengan perbuatan yang telah dilakukan.

Peluk wanita seolah-olah tanda kemesraan

“Tertuduh kerja dalam bidang teknologi maklumat (IT) di sebuah syarikat swasta bersama wanita itu sebelum meletak jawatan selepas insiden berkenaan. Anak guam memeluk wanita itu membuat seolah-olah macam tanda kemesraan. Nmaun, wanita itu membuat laporan polis kerana tidak suka dengan kelakuan tertuduh itu,” jelasnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd Latip bagaimanapun, memaklumkan hukuman yang setimpal dikenakan ke atas tertuduh sebagai pengajaran.

Kredit foto: Freepik

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

18 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

18 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

18 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

19 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

19 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

19 hours ago