Wanita Didakwa Hina Islam Mengaku Tidak Bersalah, Dibenar Ikat Jamin RM20,000

Wanita Muslim tular yang menimbulkan kontroversi sewaktu membuat persembahan komediri di sebuah kelab berunsur komedi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, 13 Julai.

Dia membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Siti Nuramira Abdullah, 26, didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas tuduhan menimbulkan suasana tidak harmoni dalam kalangan umat Islam ketika membuat persembahan tersebut, lapor Malaymail.

Mengikut pertuduhan tersebut, dia boleh dipenjarakan antara tiga hingga lima tahun jika disabit bersalah.

Boleh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin

Menerusi laporan sama, mahkamah turut membenarkan dia diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

Dia bagaimanapun dikehendaki menyerahkan pasportnya kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri di balai polis Brickfields sebulan sekali.

Terdahulu peguam yang mewakilinya iaitu Datuk Shaharudin Ali, R. Sivaraj dan Ramesh MP Chandran meminta tertuduh ditawarkan ikat jamin sekitar RM4,000 hingga RM5,000.

Namun pasukan pendakwaraya yang terdiri daripada Timbalan Pendakwaraya Najihah Farhana Che Awang dan Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar mahu ikat jamin ditetapkan pada RM50,000.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan seterusnya pada 18 Ogos.

Video timbulkan kemarahan pengguna media sosial

Terdahulu kisah Siti Nuramira Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Amy menjadi topik hangat pengguna media sosial khususnya penganut agama Islam selepas tular video persembahannya di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun.

Dia yang tampil bertudung di dalam video berdurasi 54 saat itu dilihat memperkenalkan dirinya dan mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk al-Quran.

Namun tidak lama kemudiannya, dia secara tiba-tiba menanggalkan tudung serta baju kurung dan hanya meninggalkan pakaian yang mencolok mata sambil mendapat tepukan dan sorakan di kalangan penonton di kelab itu.

Penularan video tersebut menimbulkan kemarahan pengguna media sosial dengan majoritinya mahu dia disiasat dan dikenakan tindakan kerana perbuataannya seperti sengaja mahu mempersendakan Islam.

Baca artikel berkaitan :

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago