Kebersihan premis makanan adalah satu perkara yang tidak patut dipandang enteng oleh setiap pengusaha. Keadaan kedai yang kotor pastinya akan membuatkan pelanggan berasa jijik untuk datang berkunjung.
Bukan itu sahaja, ia juga memainkan peranan penting dari segi kesihatan kepada pelanggan dan juga pekerja restoran.
Terbaharu, empat buah kedai makan di daerah Timur Laut, Pulau Pinang, telah diarah tutup selama dua minggu disebabkan beroperasi dalam keadaan yang menjijikkan.
Memetik laporan Utusan Malaysia, ia melibatkan dua restoran di Jalan Utama serta dua lagi di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Lebih menjijikan, dapurnya bukan sahaja tidak terurus, bahkan ada di antara restoran berkenaan seperti sudah menjadi tempat pembiakan lipas apabila ia dilihat berada di mana-mana termasuklah di lantai premis dan bekas penutup makanan.
Selain itu, anak-anak lipas turut dijumpai berkeliaran di sebuah restoran di Jalan Utama di bahagian tempat simpanan cili kisar yang juga digunakan untuk memasak.
Pegawai Kesihatan Perekitaran Jabatan Perlesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), M.Bawani memaklumkan, penutupan operasi selama 14 hari itu adalah untuk melakukan penambahbaikan terhadap kebersihan di kedai makan masing-masing.
“Antara kesalahan yang dikesan adalah terdapat lipas serta tikus di restoran ini dan keadaan persekitaran di dapur tidak diuruskan dengan baik.
“Premis-premis ini telah diarah tutup selama 14 hari bagi memastikan pemilik melaksanakan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh dan mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapka oleh pihak berkuasa,” jelasnya.
Jelasnya, sebelum ini terdapat di antara kedai berkenaan yang pernah diberikan notis serta denda seperti kompaun oleh MBPP kerana beroperasi dalam keadaan yang tidak bersih.
Namun berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan pada 3 Ogos, MBPP mendapati pemilik kedai makan telah gagal mengikuti ketetapan berkenaan kebersihan premis seperti yang telah diberikan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh MBPP di Facebook turut memaklumkan penutupan dua lagi premis adalah disebabkan penemuan najis tikus.
“Premis-premis makanan tersebut juga tidak menyelenggara perangakap minyak dengan baik, pengendali makanan tidak mendapatkan suntikan anti typhoid serta kebersihan ruang dapur tidak memuaskan,” katanya lagi.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…
Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…
Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…
Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…
Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…