Wan Aishah Wan Nawawi, Keturunan Ke-7 Mahsuri Bercuti Ke Langkawi Bersama Anak & Keluarga

Langkawi sememangnya destinasi yang terkenal dengan keindahan pulau yang cantik, namun selain keindahan itu ia juga penuh dengan kisah sejarah tentang seorang wanita yang dinamakan Mahsuri.

Mahsuri adalah wanita yang hidup pada zaman dahulu di Langkawi serta dikatakan mempunyai rupa paras yang sangat cantik. Dia bagaimanapun telah difitnah kononnya telah mengadakan hubungan sulit hingga dijatuhi hukuman mati.

Mahsuri bersumpah Langkawi tak maju sehingga 7 keturunan

Namun, Mahsuri yang menganggap dirinya telah difitnah telah bersumpah bahawa pulau Langkawi akan menjadi padang jarak padang terkukur sehingga tujuh keturunannya dan sewaktu mati, dipercayai keluar darah putih pada tubuh wanita itu.

Dikhabarkan sepanjang sumpahan itu berlangsung pulau Langkawi menjadi mundur dan tidak makmur serta pelbagai kejadian telah berlaku sehinggalah lahir keturunan ketujuh Mahsuri yang dikenali sebagai Wan Aishah Wan Nawawi dan kini menetap di Thailand.

Terbaharu, Wan Aishah itu atau nama Thailandnya, Sirintra Yayee atau Nong May, 37, telah membuatkan rasa teruja orang ramai apabila datang bercuti di pulau tersebut.

Datang bercuti ke Pulau Langkawi

Menerusi laporan Harian Metro, difahamkan kepulangannya ke pulau itu turut bersama dengan suami Alee Tongyon, 39, serta generasi ke lapan iaitu anak lelakinya kerana bercuti di Langkawi selama dua hari bermula pada 28 Julai lalu.

Keturunan ke tujuh Mahsuri ini telah dilahirkan pada tahun 1986 serta kini menetap di Phuket, Thailand dan difahamkan secara tidak langsung telah menamatkan sumpah Mahsuri terhadap Pulau Langkawi setelah ia mendapat status pulau bebas cukai pada setahun kemudian.

Tular video dan gambar kehadiran Wan Aishah Wan Nawawi

Video dan gambar tentang kehadiran keluarga itu ke pulau berkenaan telah menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu menerusi muat naik yang dilakukan oleh orang ramai, produk pelancongan serta Wan Aishah sendiri.

Malah, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh seorang pemilik restoran di Pantai Chenang iaitu @miorjohan yang menunjukkan kehadiran wanita tersebut bersama keluarganya ke restoran berkenaan.

Sewaktu dihubungi, Mior Johan Johari, 32, memaklumkan dirinya telah mengenali Aishah bermula pada tahun 2013 serta wanita itu datang ke pulau tersebut untuk bercuti secara diam-diam, pada 28 Julai lalu.

@miorjohan

Ramai Yg tertanya pasal mahsuri..ini ialah #aisyah keturunan #mahsuri yg ke7..mahsuri telah sumpah bumi #langkawi sehingga keturunan ke7..tq dtng lngkawi xpernah xsinggah #mahsurisumpahtujuhketurunan😭💪💦🤲🌾🦅

♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

Keluarga mentua dah lama kenal keluarga keturunan ketujuh Mahsuri itu

“Keluarga mentua saya memang kenal lama dengan keluarga Aishah di Phuket dan mereka (Aishah dan suaminya) sudah banyak kali datang ke Langkawi.

“Cuma kali ini agak istimewa kerana dia (Aishah) datang bersama suami dan anak lelakinya yang berusia enam tahun dikenali sebagai Mateen,” jelas Mior.

Menurutnya, selain berkunjung ke restoran miliknya, Aishah sekeluarga turut berkunjung ke beberapa tempat pelancongan lain seperti Underwater World Langkawi, Makam Mahsuri serta menaiki kapal layar untuk menikmati permandang matahari terbenam.

Wan Aishah turut berkongsi gambar dalam Facebook miliknya

Menerusi semakan di Facebook, Aishah yang menggunakan akaun bernama Nu May turut berkongsi gambarnya sedang menaiki kapal layar sewaktu bercuti di pulau itu, pada 30 Julai lepas.

Dalam pada itu, lokasi pelancongan popular Underwater World Langkawi turut berkongsi video di Facebook menunjukkan kehadiran Aishah bersama keluarganya di sana.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

51 mins ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

1 hour ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

2 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

3 hours ago