Bersalah Atas Tuduhan Terima & Minta Rasuah, Rosmah Dipenjara 10 tahun & Denda RM970 Juta

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (1 September) menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap Datin Seri Rosmah Mansor yang didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan tersebut selepas mendapati Rosmah yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menimbulkan keraguan yang munasabah di akhir pembelaan.

Selain itu, Mahkamah turut memerintahkan Rosmah dipenjara 10 tahun jika gagal membayar jumlah denda tersebut.

Benar tangguh hukuman sementara menunggu rayuan

Mohamed Zaini bagaimanapun membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman bagi proses rayuan di Mahkamah Rayuan.

Bagi pertuduhan pertama, dia menerusi bekas pembantu peribadinya, Datuk Rizal Mansor didakwa meminta suapan bernilai RM185.5 Juta untuk dirinya sendiri. Jumlah ini difahamkan adalah 15% dari nilai kontrak yang diminta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin

Kesalahan ini didakwa dilakukan di Sunway Putra Mall, Jalan Putra, Kuala Lumpur antara Mac dan April 2016.

Bagi pertuduhan kedua, Rosmah didakwa menerima wang habuan berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi atas usahanya membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu di kediamannya di Jalan‬ ‪Langgak‬ ‪Duta,‬ ‪Taman‬ ‪Duta‬, pada 7 September 2017.‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬

Bagi pertuduhan ketiga, dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada April 2019 atas tuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa pada 20 Disember 2016.

Tuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Denda tertinggi pernah dikenakan dalam akta SPRM

Sesyen ini memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi. 

Sebagai info, jumlah denda RM970 juta yang dikenakan terhadap Rosmah adalah jumlah tertinggi yang penah diterima mana-mana pesalah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia.

Terdahulu minggu lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta terhadap suaminya, Datuk Seri Najib Razak berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Keputusan tersebut menyebabkan Najib kini menjalani hukuman penjaranya di Penjara Kajang.

Baca artikel berkaitan :

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago