Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Tertutup Tidak Lagi Diwajibkan Berkuat Kuasa Serta-Merta

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam tempat tertutup dan bangunan tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Kesihatan,Khairy Jamaluddin (KJ) menerusi satu kenyataan berkata, ia sebaliknya kini atas pilihan pemilik premis sama ada mahu menentukan pengunjung perlu memakainya atau diberikan kelongaran.

“Walau bagaimanapun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka.”

Khairy Jamaluddin

Tambah KJ lagi, penggunaan pelitup muka bagaimanapun masih lagi diwajibkan di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis, serta sewaktu menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Menerusi kenyataan media itu lagi, selain dua kategori tersebut, pesakit Covid-19 juga masih diwajibkan untuk menggunakan pelitup muka.

3 situasi yang masih memerlukan pemakaian pelitup muka

Galakkan orang ramai terus kekal menggunakan pelitup muka

KKM menerusi kenyataan sama turut menggalakkan orang ramai untuk terus kekal menggunakan pelitup muka khususnya jika :

  1. Berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti pasar malam, stadium, gedung beli belah dan rumah ibadah.
  2. Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema
  3. Individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung
  4. Ketika melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

10 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

11 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

11 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

13 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

13 hours ago