Fitnah Jumpa Tun M: Ismail Sabri Saman Lokman Adam

Sekitar Ogos lalu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menjadi perbualan di kalangan pemerhati politik selepas dia memuat naik satu video bertajuk “Bila Presiden UMNO Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir – Lokman Adam” mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah berjumpa dengan Presiden Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu dia juga mendakwa, Ismail Sabri seorang yang ‘bongkak’ apabila membuat beberapa ‘perjanjian’ dengan figura utama dari parti lain antaranya Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Antara isi perjanjian tersebut adalah untuk mengekalkan Peguam Negara serta mempercepatkan kes terhadap Penasihat UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pegawai Khas PM buat laporan terhadap Lokman

Sehubungan itu, Pegawai Khas Perdana Menteri, Dr Kamarul Zaman Yusoff tampil membuat satu laporan polis terhadap Lokman pada 1 September dan mendakwa kenyataan yang dikeluarkannya terhadap Naib Presiden itu adalah tidak berasas.

Jelas beliau, cadangan yang dikemukan Lokman agar Perdana Menteri dikenakan tindakan oleh parti adalah tidak wajar sebaliknya dia yang sepatutnya dihadapkan kepada Lembaga Disiplin UMNO kerana membuat tuduhan yang amat liar terhadap Naib Presiden parti.

PM saman fitnah Lokman Adam pada 8 September

Terbaharu, Bernama hari ini melaporkan Ismail Sabri sudah pun memfailkan saman terhadap Lokman Adam atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah di akaun media sosial.

Perdana Menteri selaku plaintif memfailkan saman fitnah tersebut atas kapasiti peribadinya menerusi Tetuan Kesavan pada Khamis, (8 September) dengan menamakan Lokman, 49, selaku defendan tunggal.

Di dalam penyataan tuntutan tersebut, Ismail Sabri, mendakwa Lokman pada 22 Ogos lepas telah membuat kenyataan-kenyataan fitnah terhadap plaintif dalam video tersebut.

Kata-kata fitnah itu membuatkan reputasinya sebagai seorang ahli UMNO, Naib Presiden UMNO dan perdana menteri terjejas, sekaligus membawa kesan buruk kepada kerjaya politiknya.

Jelas beliau lagi, kenyataan-kenyataan fitnah dan berniat jahat itu telah dimuat naik di empat akaun media sosial milik defendan iaitu YouTube, Facebook Instagram dan juga TikTok.

Di dalam tuntutan sama, Ismail Sabri turut menjelaskan beliau tidak pernah berjumpa Dr Mahathir dan parti-parti lain dengan membelakangkan atau mengkhianati UMNO untuk terus kekal sebagai perdana menteri.

Malah beliau tidak pernah mengatur langkah-langkah secara tidak berprinsip untuk menghalang pembubaran Parlimen agar dapat kekal sebagai PM selain menyalahgunakan kuasanya untuk mencampur tangan prosiding undang-undang terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

PM tuntut permohonan ex parte agar video dipadam dan halang Lokman muat naik kenyataan sama

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teladan dan tambahan, faedah, kos serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau dalam masa sama turut memfailkan permohonan secara ex parte (sebelah pihak) untuk mendapatkan perintah injunksi bagi memaksa defendan memadam video terbabit di akaun YouTube, Facebook, Instagram serta TikTok miliknya.

Selain itu beliau turut memohon injunksi bagi menghalang defendan atau wakilnya daripada membuat kenyataan sama menerusi media sosial yang diuruskan oleh defendan.

Difahamkan permohonan itu akan didengar hari ini (12 September) di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

7 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

7 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

7 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

8 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

9 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

10 hours ago