“Aiyo You Datang Betul-Betul” – Lelaki Bangladesh Tak Sangka Rakan Hadir Lepas Dipelawa Makan Di Rumah [Video]

Negara Malaysia ini bukan hanya mempunyai bangsa yang berbilang kaum, malah di negara ini juga kita dapat melihat banyak warga asing yang datang untuk bekerja.

Namun apa yang lebih menarik, walaupun mereka datang ke sini untuk bekerja kita juga dalam masa yang sama dapat menambah kenalan baru dan dapat mempelajari budaya mereka.

Warga Bangladesh terkejut rakan datang rumah nak jamu selera

Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan di TikTok @kawannahim, memaparkan seorang individu warga Bangladesh yang terkejut apabila rakannya datang ke rumah untuk menjamu selera.

Menerusi video tersebut, individu yang dikenali sebagai Nahim itu telah mempelawa si rakan untuk datang menjamu selera di rumahnya.

Dia yang menyangkakan lelaki tersebut mungkin tidak akan menerima pelawaannya itu kemudian berasa terkejut apabila membuka pintu dan melihat rakannya berada di depan pintu rumah.

“Aiyoo, awak datang betul-betul. Saya ingat tak datang,” kata Nahim kepada rakannya itu.

Hidangkan Biryani Bangladesh

Nahim kemudian terus mempelawa rakannya masuk sebelum menghidangkan menu Biryani versi Bangladesh yang sudah dimasaknya selepas pulang daripada kerja.

Jelasnya lagi, masakan itu dimasak olehnya sendiri dan meminta rakannya untuk merasai dahulu adakah ia sedap atau tidak.

“Padulah (sedap) Nahim, siapa ajar masak ni?” tanya rakannya itu.

Ibu ajar masak, rakan makan sampai bertambah

Nahim menjawab menu masakan itu diajar oleh ibunya sendiri dan memaklumkan dia sudah biasa memasak makanan tersebut.

Dalam video tersebut, turut kelihatan makanan itu turut dihiasi dengan pelbagai sayuran yang nampak begitu menyelerakan.

Kerana terlalu sedap, rakannya itu turut menambah sekali lagi dan menunjukkan bahawa pinggannya licin serta dalam masa sama memuji masakan itu sangat sedap.

Malah Nahim turut memberitahu jika rakannya itu mahu memakan makanan itu lagi, dia akan memasaknya lagi di masa akan datang.

“Bila-bila awak nak makan, bagitahu saya, saya boleh masakkan untuk awak,” kata Nahim lagi.

Biryani Bangladesh memang sedap

Melihat di rungan komen rata-rata orang ramai turut teruja persahabatan mereka berdua dan ada juga yang memaklumkan biryani Bangladesh sememangnya sedap.

Bukan itu sahaja, mereka turut memuji Nahim sangat fasih berbahasa Melayu dan ia mudah untuk difahami.

‘Tapi tengok cara dia macam kemas molek je’

‘Biryani Bangladesh lain punya rasa sedap’

‘Kagum dengan Bahasa Melayu dia’

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

10 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

17 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago