Sultan Selangor Tarik Darjah Kebesaran Najib & Rosmah

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini (12 September) menarik semula darjah kebesaran yang dikurniakan baginda kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim dalam satu kenyataan berkata, baginda berkenan menarik semula gelaran Datuk Seri/Datin Seri dan Datuk/Datin yang dikurniakan kepada Najib serta Rosmah pada 2004 dan 1994.

Di dalam kenyataan tersebut, penarikan ini berkuat kuasa hari ini selepas Najib disabitkan bersalah bagi kes rasuah SRC International Sdn Bhd.

“Maka dengan ini, atas sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahlian beliau sebagai penyandang Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) Kelas Pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri dan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) Kelas Kedua yang membawa gelaran Dato’ adalah ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada 12 September 2022.”

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasmin

Gelaran Rosmah ditarik balik ekoran kes rasuah di Sarawak

Manakala penarikan darjah kebesaran Rosmah Mansor pula dilakukan ekoran dari keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati dia bersalah berhubung kes rasuah di Sarawak.

“Datin Seri Rosmah Mansor telah dikurniakan Keahlian Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri pada tahun 2005.
Beliau telah didakwa di Mahkamah atas tiga pertuduhan yang melibatkan kesalahan meminta dan menerima rasuah. Pada 1 September 2022, Mahkamah Tinggi telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman terhadap beliau atas semua pertuduhan yang dihadapkan kepadanya.

“Atas sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahlian beliau sebagai penyandang Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri adalah ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada 12 September 2022.

“Penarikan balik dan pembatalan ‘Keahlian’ ini selaras dengan kuasa prerogatif Baginda di bawah Perkara XXXVIII dan Perkara XXXIX Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 serta Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di Negeri Selangor.”

Masih layak guna Datuk Seri/Datin Seri

Namun setakat ini, gelaran Datuk Seri dan Datin Seri masih lagi boleh digunakan oleh kedua-duanya memandangkan mereka masih lagi memiliki darjah kebesaran dari beberapa negeri antaranya Pahang, Sarawak, Perak, Kelantan, Melaka ,Kedah dan lain-lain.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

9 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago