Perlawanan Akhir Piala FA Malaysia baru-baru ini menyaksikan Johor Darul Takzim (JDT) dinobatkan sebagai juara apabila berjaya menundukkan Terengganu dengan kemenangan 3-1.
Perlawanan tersebut yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur dilihat meriah apabila dipenuhi dengan ribuan penyokong dari kedua-dua pasukan.
Dalam keseronokan menyaksikan perlawanan bola tersebut, tidak dinafikan kita juga tidak terlepas daripada melihat pelbagai gelagat penyokong yang bermacam-macam ragam sehingga ada yang membuatkan anda tidak kering gusi.
Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh @mizalurima11 yang menunjukkan aksi seorang penyokong Terengganu yang mencuit hati ramai.
Menerusi video tersebut, lelaki itu dikatakan sedang memarahi pengadil dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang diberikannya.
Namun tanpa disedari, perbuatannya ‘memaki’ ref tersebut menyebabkan gigi palsunya tersembur hingga terjatuh ke dalam longkang.
“Pengadil la ni punca, tercabut gigi palsu kawan saya ke longkang,” tulis @mizalurima11 di dalam kapsyen.
Perkara itu, secara tidak langsung telah membuatkan ramai penyokong Terengganu yang melihat kejadian itu turut ketawa.
Menerusi di ruangan komen @mizalurima11 turut menyatakan longkang tempat terjatuh gigi palsu milik rakannya itu terlalu dalam dan sukar untuk diambil.
Lelaki tersebut turut kelihatan ketawa dan dalam masa sama menutup wajahnya dengan baju sehingga ditarik oleh rakan seorang lagi yang berada di sebelahnya.
Menjengah ke ruang komen rata-rata orang ramai rasa terhibur dengan insiden berkenaan sehingga ada menyatakan ia merupakan kenangan yang mahal buat lelaki itu.
Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…
Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.
Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…
Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…