“Banduan Dirujuk Ke Hospital Kerajaan..” – KJ Nafi Najib Akan Ke IJN

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) pada petang Selasa (13 September) menafikan dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang akan dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN).

Sebaliknya KJ memaklumkan, jika mengikut prosedur, setiap banduan perlu menjalani rawatan di hospital kerajaan. Bagi kes bekas Perdana Menteri itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sudah pun membuat keputusan bahawa Najib dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Prosedur banduan adalah dirujuk ke hospital kerajaan dan bagi kes Najib, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memutuskan beliau dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Ubat yang diberi kepada Najib adalah sama

Mengulas mengenai dakwaan ada berlakunya pertukaran ubat baru sehingga menyebabkan tekanan darah Najib berada pada tahap tinggi, KJ menegaskan perkara itu adalah tidak benar sebaliknya ubat yang diberikan adalah yang sama jenisnya.

“Jenis-jenis ubat yang dipreskrib untuk Najib adalah sama dengan yang diambil beliau sebelum ini, ubat itu sama, formula sama tetapi bentuk generik,” katanya.

Semalam (12 September) Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengarahkan KKM agar memberikan rawatan yang terbaik kepada Ahli Parlimen Pekan itu selepas mengetahui mengenai keadaan kesihatannya.

Tidak lama kemudiannya, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Najib mungkin akan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) pada hari ini.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

11 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

11 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

11 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

13 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

14 hours ago