Wanita Di Klang Didakwa Upah ‘Pelakon’ RM10,000 Untuk Rompak Dan Bunuh Suami

Seorang wanita di Klang didakwa sanggup membayar RM10,000 kepada sekumpulan pembunuh upahan dan memintanya untuk menyamar sebagai perompak bagi melakukan aksi lakonan samun sebelum membunuh suaminya.

Wanita tersebut juga disyaki membuat lakonan insiden rompakan palsu itu dengan tujuan untuk menuntut wang pampasan insuran yang berjumlah jutaan ringgit.

Suspek wanita rancang pembunuhan suami

Memetik laporan Harian Metro, rancangan untuk melakukan pembunuhan itu telah dirancang oleh suspek wanita tersebut di rumahnya di Taman Aneka Baru, Sungai Udang, Klang, Selangor, pada Khamis, 15 September yang lepas.

Menurut sumber, terdahulu isteri mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian rompakan di kediamannya yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki yang bertindak menikam suaminya lebih 14 kali sehingga mati.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis ke atas wanita berusia 37 tahun itu secara tidak langsung telah membongkarkan rancangan jahatnya.

Keterangan bercanggah menyebabkan rahsia terbongkar

Jelas sumber, berdasarkan rekod keterangan suspek wanita itu, terdapat percanggahan sehingga akhirnya dia mengaku merancang pembunuhan suaminya itu.

“Wanita itu disoal siasat mengaku mencari khidmat pembunuh upahan itu menerusi kenalan lelaki dan membayar wang pendahuluan kepada pembunuh upahan terbabait.

“Pada mulanya dia memberi alasan melakukannya (rancangan membunuh suami) kerana tertekan sering dipukul mangsa. Namun siasatan mendaati wanita itu sudah menaik taraf jumlah insuran sebelum kejadian (bunuh) berlaku,” jelasnya semalam (20 September).

Maklum terima laporan berhubung kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki

Pada 19 September lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima panggilan dari orang awam berhubung insiden pergaduhan yang melibatkan sekumpulan individu lelaki.

Insiden yang berlaku pada jam 2.14 pagi, pada 15 Semptember lalu itu turut menyebabkan seorang darinya terbaring dalam keadaan yang berlumuran darah di kawasan kediaman tersebut.

Mangsa meninggal dunia terima 14 tikaman

“Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan seorang lelaki berusia 41 tahun sudah meninggal dunia akibat 14 kesan tikaman,” jelasnya.

Jelas Arjunaidi, wanita itu memberitahu bahawa terdapat dua lelaki berpakaian serba hitam serta memakai topeng dan membawa senjata pisau telah masuk ke kediamannya dengan menggunakan pintu hadapan sebelum bertindak menikam suaminya hingga mengakibatkan kematian.

“Dakwa wanita itu, perompak menggeledah bilik dan rumah sebelum mengambil pelbagai beg tangan berjenama, barang kemas serta wang tunai sekitar RM40,000 dan melarikan diri menggunakan kereta BMW. Dianggarkan jumlah kerugian dialami kira-kira RM100,000,” jelasnya lagi.

Tahan wanita kurang dari tempoh 24 jam laporan diterima

Polis bagaimanapun telah bertindak menahan wanita terbabit sekitar jam 10 malam iaitu kurang daripada tempoh 24 jam selepas pihaknya menerima laporan tentang kejadian rompakan tersebut.

Tambah beliau lagi, suspek wanita itu disyaki membuat perancangan tersebut adalah kerana dendam.

Wanita komplot dengan 4 lelaki

“Dia berkomplot bersama empat lelaki berumur 20 tahun hingga 36 tahun yang ditahan polis antara Jumaat (16 September) hingga 19 September di sekitar daerah ini serta Senawang, Negeri Sembilan,” kata Arjunaidi.

Kesemua empat suspek bersama wanita itu telah direman hingga 22 September ini serta kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan berkumpulan dengan senjata.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago