“Kau Setakat Google..” – Berang Sebar Info Tak Tepat, Waris MH370 ‘Sekolahkan’ PrinceMeed [Video]

Baru-baru ini kecoh media sosial selepas seorang YouTuber tempatan, PrinceMeed mendakwa pesawat MH370 yang hilang sejak Mac 2014 sebenarnya berada di Pulau Diego Garcia yang terletak di tengah Lautan Hindi.

Isu itu menjadi lebih hangat selepas tular foto memperlihatkan beberapa individu di pulau terpecil tersebut yang seakan-akan mirip dengan mangsa-mangsa MH370.

Ia kemudiannya disangkal oleh seorang wanita apabila dia tampil mendedahkan salah satu foto yang tular tersebut adalah dirinya dan foto berkenaan dirakam di sebuah studio di Damansara.

Baca artikel berkaitan : “Netizen Kena Kencing!” – Tular Gambar Wanita Berzumba Konon Di Diego Garcia Rupanya Foto lama [Video]

Malah seorang wanita yang juga anak kepada ketua pramugara, turut tampil menafikan foto yang tular itu adalah bapanya.

Terbaharu, tular satu lagi video apabila seorang waris kepada mangsa MH370 meluahkan rasa kecewanya dengan dakwaan yang dibangkitkan PrinceMeed.

Jelas beliau, konten yang dihasilkan YouTuber berkenaan dengan hanya berpandukan carian di Google telah memberikan kesan yang negatif kepada keluarganya di mana ibunya yang sebelum ini beransur pulih kembali menjadi trauma dan mula murung.

“Benda ni dah sampai ke pengetahuan mak aku. Sampai mak aku yang selalunya dah boleh ceria sikit, tapi sekarang dia dah mula termenung balik. Kau nampak tak kesan apa yang kau buat pada keluarga aku. Kau ingat senang ke nak pujuk mak aku, nak bagi dia tenang balik.

“Kau tak fikir. Kau setakat google, ambil dan petik konten lepas tu claim kau dah jumpa jawapan. Kalau macam tu, aku pun boleh buat. Kau setakat duduk dalam bilik, tak bercampur dengan dunia luar. Tak kaji sejarah lepas tu nak cakap pasal Diego Garcia. Kau ni memang tak tahu malu,” luahnya panjang lebar.

Tambah pemuda itu lagi,  individu yang didakwa mirip mangsa pesawat HM370 itu sebenarnya adalah warga Filipina yang sudah lama berkhidmat dengan sebuah syarikat servis sokongan di pulau berkenaan.

Memandangkan mereka berasal dari negara Asean tersebut, tidak mustahillah wajah mereka mirip orang Malaysia.

“Orang Filipina memang banyak muka macam Melayu. Kenalan aku yang duduk Filipina pun dah sahkan benda ni. Memang orang Filipina. Kau kalau nak cari bukti, kena ada sumber dan sahih. Setakat sembang pakai google, tu bodoh namanya. Nak cari kebenaran tu tak salah, tapi bukan senang. Kalau tak ambil kira soal iman dan kewarasan, semua benda kau langgar dan percaya.”

Dia dalam masa sama turut menafikan persepsi negatif segelintir netizen Malaysia yang merasakan bahawa keluarga mangsa MH370 terlalu gilakan duit pampasan sehingga menyembunyikan kebenaran.

Baginya, dakwaan itu adalah tidak tepat kerana keluarga mereka masih hidup sama seperti sebelum insiden itu berlaku.

“Kalau dah bukan ahli keluarga aku, memang bukan la, buat apa aku nak mengaku. Ada yang cakap tak nak mengaku sebab dah kenyang makan insurans, pampasan. Dari 2014 sampai sekarang, tu je modal orang nak kutuk keluarga aku. Hidup kami sama je, tak mewah pun.

“Mak aku sampai sekarang sakit. Penat nak teruskan hidup macam ni, sebab mulut macam korang ni. Yang tak ada perasaan, cakap sedap ikut mulut. Tak hormat musibah orang. Benda tak jadi kat kau, memang senang cakap.”

Recent Posts

  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

32 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

18 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

18 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

18 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

19 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

19 hours ago