Penumpang Pesawat Di Pakistan Mengamuk, Cuba Pecahkan Tingkap Ketika Di Ruang Udara

Seorang penumpang Pakistan yang menaiki penerbangan Pakistan International Airlines (PIA) dari Islamabad ke Dubai (UAE) telah menimbulkan kekecohan apabila cuba untuk memecahkan tingkap pesawat tersebut sehingga merisikokan penumpang lain.

Menurut laporan OpIndia, lelaki itu pada mulanya mengamuk sebaik pesawat itu terbang dan meminta kru kabin untuk menurunkannya dari pesawat berkenaan.

Penumpang mengamuk, tumbuk dan tendang tingkap kaca pesawat

Dia kemudian mula menumbuk dan menendang tempat duduk dan tingkap kaca pesawat di saat ianya berada di udara hingga menyebabkan penumpang dan kru penerbangan menjadi panik.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Yusra Askari di Twitter miliknya, salah seorang kru kabin cuba untuk menenangkan lelaki itu.

Namun dia secara tiba-tiba bertindak melompat ke atas tempat duduk dan menendang tingkap kaca berdekatannya.

Dalam satu lagi video yang dimuat naik oleh Ghulam Abbas Shah, kelihatan penumpang itu turut mengeluarkan barangan peribadinya dan berbaring sehingga menghalang laluan. Dia dalam masa sama turut melaungkan azan di dalam pesawat itu.

Video tersebut menjadi tular di media sosial, PIA hantar 2 anggota bawa penumpang pulang ke Pakistan

Difahamkan video tersebut telah dirakam oleh salah seorang penumpang lalu di muat naik hingga menjadi tular di media sosial.

Menurut laporan yang diterbitkan Dawn, banyak usaha telah dilakukan oleh anak kapal untuk mengawal penumpang berkenaan antaranya mengikat tangan dan kakinya seperti prosedur yang telah ditetapkan oleh penerbangan.

Sebaik sahaja tiba di Dubai, kru kabin telah membawa penumpang itu keluar dan memaklumkan pihak pengurusan PIA berhubung insiden tersebut.

PIA kemudian segera menghantar dua anggota pasukan dari Islamabad untuk membawa penumpang itu pulang ke Pakistan.

Recent Posts

  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

20 mins ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago