Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan sijil kelahiran versi baharu yang mengandungi beberapa ciri keselamatan terkini bermula tahun 2023.
Kenyataan tersebut dibuat olehnya selepas melancarkan reka bentuk baharu dokumen keselamatan sempana Hari Pendaftaran Negara Tahun 2022 di Putrajaya semalam (17 Oktober).
Menurutnya, ciri keselamatan baharu itu dilengkapi dengan ‘watermark’ atau tera air pada sijil kelahiran bagi mengelak berlakunya kes pemalsuan dokumen.
“Apabila dokumen itu dibawa kepada JPN, kita tahu ia sahih atau tidak. Sesiapa yang lahirkan anak tahun depan akan mendapat sijil kelahiran baharu,” katanya.
Menurut Hamzah, sijil kelahiran yang sedia ada masih boleh digunakan seperti biasa dan tidak perlu ditukar baharu.
JPN pada masa yang sama turut memaklumkan 38 dokumen keselamatan jabatan itu seperti sijil kelahiran dan daftar perkahwinan ditingkatkan ciri keselamatan bermula tahun depan bagi mengekalkan ketulenan sijil tersebut.
Menurut JPN, antara ciri keselamatan baharu yang juga diperkenalkan ialah pada reka bentuk dokumen, kertas yang digunakan dan jenis dakwat untuk cetakan keselamatan.
Sementara itu Hamzah berkata, pegawai JPN akan diarahkan ke kawasan terjejas banjir menerusi program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) bagi membantu mangsa yang kehilangan dokumen pengenalan diri akibat bencana itu.
“Pegawai JPN bersiap sedia, kita jaga kepentingan rakyat kalau dokumen pengenalan diri tiada macam mana ingin pergi mengundi,” katanya dan menambah dokumen seperti kad pengenalan penting untuk rakyat menjalankan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.
Untuk info, MEKAR merupakan inisiatif JPN bagi membantu rakyat dalam menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti pendaftaran kelahiran, kematian dan kad pengenalan.
Selain itu, MEKAR juga menyediakan khidmat nasihat terutama kepada penduduk di kawasan pendalaman dan juga luar bandar.
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…