Budak Sekolah Dicekup, Sanggup Kongsi Duit Sewa Banglo Demi ‘Parti Liar’

Tidak dinafikan, kemajuan teknologi pada masa kini membuatkan para remaja mampu berhubung di antara satu sama lain dengan lebih mudah.

Apa yang membimbangkan, kemajuan ini seakan mendorong mereka untuk mengenali orang lain secara lebih dekat yang akhirnya mampu membawa kepada terjerumus dengan kancah kemaksiatan.

Sebagai ibu bapa pula, haruslah sentiasa memantau aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak terutamanya yang kerap keluar daripada rumah pada waktu malam.

22 remaja termasuk individu di bawah umur ditahan, buat ‘parti liar’ di banglo sewa

Ini susulan seramai 22 remaja termasuk individu di bawah umur telah ditahan pihak polis dalam satu serbuan di sebuah banglo di Batu Feringghi yang mengadakan ‘parti liar’ pada Khamis lalu (13 Oktober).

Dalam serbuan pada pukul 1.40 pagi yang dijalankan itu, kesemua suspek terdiri daripada 14 lelaki tempatan dan lapan wanita tempatan berusia dalam lingkungan 16 hingga 21 tahun.

Berkongsi duit untuk sewa banglo dengan kadar bayaran RM1k sehari

Difahamkan, kesemua mereka sanggup berkongsi duit untuk menyewa banglo tiga tingkat itu dengan kadar bayaran RM1,000 sehari demi menjalankan aktiviti tidak bermoral tersebut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, daripada jumlah suspek tersebut, enam daripadanya adalah remaja di bawah umur dan seorang daripada mereka masih bersekolah.

Pengunjung yang hadir dijemput menerusi aplikasi WhatsApp

“Setiap pengunjung yang hadir ke parti ini dijemput menerusi kumpulan WhatsApp dan mereka perlu membayar wang antara RM80 hingga RM100 bagi menyertai pesta tersebut.

”Kita juga dapati lapan perempuan yang sertai parti liar ini juga tidak dikenakan sebarang bayaran kerana ia dilunaskan oleh peserta lelaki,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

Polis rampas dua peket dadah bernilai hampir RM200 di dalam serbuan tersebut

Menurut Soffian, polis juga berjaya merampas dua peket dadah jenis ketamin seberat 0.9 gram yang bernilai RM150 serta tiga biji pil ekstasi dengan anggaran berat 1.6 gram bernilai RM45 dalam serbuan yang dilakukan.

Tambahnya, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk siasatan lanjut dan sesi kaunseling.

”Hasil saringan air kencing ke atas 22 individu berkenaan juga mendapati enam lelaki didapati positif dadah jenis methamphetamine. Kesemua direman selama enam hari sehingga esok,” katanya lagi.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

15 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

16 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

17 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

18 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

19 hours ago