Bantu Selamatkan Rakyatnya Yang Diculik, Palestin Ucap Terima Kasih Pada Pihak Berkuasa Malaysia

Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Palestin merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa Malaysia yang telah menyelamatkan seorang warga Palestin yang diculik di Malaysia baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook pada Selasa (18 Oktober), kementerian itu turut mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak keselamatan yang terlibat dalam misi menyelamat berkenaan.

Via: NST

Polis berjaya selamatkan mangsa sehari selepas diculik

Menurut laporan media tempatan, pihak polis berjaya menyelamatkan mangsa yang berusia 31 tahun sehari selepas diculik sekumpulan rakyat tempatan yang dipercayai diupah agensi perisikan Israel, Mossad bagi membantu memburu anggota Hamas di Malaysia.

“Selain itu, mereka (polis Malaysia) dapat mendedahkan operasi anggota Mossad dan memburu serta menjejaki rangkaiannya.

“Kami mengecam jenayah terang-terangan yang dilakukan Israel terhadap seorang daripada rakyat Palestin di Malaysia dan kami menyeru agar pelakunya dikenakan hukuman,” menurut kenyataan itu.

18 Individu ditahan dalam operasi berasingan

Mangsa berjaya diselamatkan selepas polis menahan 18 individu dalam operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang, Beranang, di Selangor dan Melaka dari 29 September hingga 4 Oktober lalu.

Susulan itu, seramai 11 individu berusia 21 tahun hingga 40 tahun didakwa di Mahkamah Majistret pada Jumaat lalu (14 Oktober) berkaitan penculikan rakyat Palestin itu.

11 individu berhadapan hukuman mati atau penjara seumur hidup

Mereka dituduh melakukan penculikan ke atas seorang warganegara Palestin di Jalan Mayang, Kuala Lumpur pada 10.40 malam, 28 September lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebat jika sabit kesalahan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago