“Koyak Army In Fear” – Kes Culik Warga Palestin, Influencer Israel Dakwa Netizen Malaysia Gentar Dengan Mossad

Baru-baru ini negara digemparkan dengan insiden penculikan seorang rakyat Palestin oleh 11 warga tempatan.

Dalam kejadian yang berlaku pada 28 September itu, kesemua suspek yang terdiri dari 10 lelaki dan seorang wanita difahamkan telah menculik Omar ZM Al-Belbaisy Raeda, 31,  di Jalan Mayang, Kuala Lumpur.

Menurut laporan media tempatan, motif penculikan dipercayai adalah bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian untuk menggodam telefon bimbit.

Ketika kejadian, Omar bersama seorang lagi rakannya baru sahaja selesai menjamu selera di sebuah pusat beli belah berhampiran Jalan Yap Kwan Seng sebelum mereka diserbu oleh empat lelaki menaiki Toyota Vellfire.

Foto : NST/ Ahmad Yusri

Terselamat dari menjadi mangsa culik, rakannya kemudiannya segera mendapatkan bantuan di sebuah hotel berhampiran sebelum dia melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Tidak sampai 24 jam, polis kemudiannya berjaya menyelamatkan Omar selepas penahanan sejumlah individu dalam beberapa operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang, Beranang di Selangor dan juga di Melaka.

Timbul dakwaan suspek direkrut Mossad

Namun siapa menyangka, tidak lama kemudiannya timbul dakwaan yang mengatakan suspek terlibat adalah warga tempatan yang direkrut ejen perisikan Israel, Mossad.

Menerusi laporan NST yang memetik sumber, warga Palestin yang diculik itu sebenarnya seorang ahli Briged Al Qassam iaitu organisasi sayap kanan di bawah kumpulan pejuang kebebasan Palestin, Hamas.

Dakwaan ini bukan sahaja mengejutkan orang ramai malah menaikkan kemarahan netizen yang menyifatkan perbuatan terkutuk suspek adalah satu pengkhianatan kepada negara.

Malah ramai percaya ianya bermotifkan wang kerana sanggup melanggar prinsip walhal sudah jelas dasar luar Malaysia yang tidak mengiktiraf Israel.

Turut dapat liputan berita antarabangsa

Isu ini kemudiannya turut mendapat liputan media antrabangsa seperti Al Jazeera malahan media di negara haram itu sendiri.

Menganggap ianya satu jenaka, seorang influencer Israel kemudiannya memerli netizen Malaysia yang hangat membincangkan isu tersebut.

Apa yang lebih menjengkelkan apabila dia mendakwa rakyat Malaysia khususnya pengguna media sosial kini dalam ketakutan.

“”Berita panas di Malaysia, Mossad kini di di dalam negara sebagai bahagian dari perang global ke atas Hamas dan tentera Jihad.

“Tentera ‘Koyak’ kini dalam ketakutan,” tulis Hananya di Twitter.

Ciapan influencer ini kemudiannya meraih perhatian pengguna Twitter lain yang lantas berkampung di akaunnya dan membalas dengan memaklumkan tiada apa yang perlu ditakutkan kerana polis Malaysia berjaya menyelesaikan kes tersebut hanya dalam 24 jam.

Malah ada yang mencadangkan lelaki ini agar membawa pulang suspek-suspek yang didapati bekerjasama dengan Israel untuk tinggal di sana.

Tidak kurang juga segelintir yang menyelarnya kerana seolah-olah bersetuju dengan operasi tidak sah di negara orang lain.

Pelakon, Izara Aishah juga tidak terkecuali apabila turut membahan lelaki ini dengan menyifatkan Israel yang sepatutnya koyak kerana misi mereka telah gagal di Malaysia.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

12 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

13 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

13 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

13 hours ago