PRU15: Lando Zawawi Sahkan Jadi Calon GTA, Bertanding Di Tanjong Karang

Boleh dikatakan, rata-rata parti politik di negara ini sudah mula mengumumkan senarai nama calon-calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan diadakan pada 19 November.

Menerusi pengumuman tersebut, dapat dilihat beberapa wajah baru dan juga lama yang dipertaruhkan untuk bertanding di kerusi Parlimen dan DUN masing-masing.

Lando jadi calon Tanjong Karang mewakili GTA

Terbaharu, parti Gerakan Tanah Air (GTA) turut tidak melepaskan peluang apabila mencalonkan Azlan Sani Zawawi yang juga dikenali sebagai Lando bagi mewakili parlimen Tanjong Karang di Selangor.

Memetik laporan Kosmo, perkara itu disahkan sendiri oleh pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood) itu semasa dihubungi.

Watikah pencalonan akan diberikan pada petang ini

Menurut pelakon itu, watikah perlantikan calon parti itu akan disampaikan oleh Pengerusi GTA, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu majlis di Bangi Convention Centre, pada petang ini (2 November).

“Ya betul, saya akan bertanding pada PRU15 dan kawasan saya agak ‘panas’ iaitu di Tanjong Karang,” jelasnya.

Nak betulkan sistem yang lambat bertindak

Menurutnya, tujuan utama dia membabitkan diri dalam dunia politik adalah untuk ‘membetulkan’ sistem sedia ada yang didakwa lambat dalam mengambil tindakan.

“Contohnya seperti aduan jalan berlubang, walaupun kita telah membuat laporan tetapi tindakan yang diambil oleh pihak bertanggungjawab amat perlahan dan memakan masa.

“Sebab itu saya sebagai mewakili Brotherhood mahu sistem ini ‘dikembalikan’ semula supaya setiap masalah atau aduan dapat disegerakan.

“Bukan sahaja berkaitan jalan raya tetapi melibatkan semua aduan supaya ia dapat dilaksanakan dengan pantas demi keselesaan rakyat,” katanya lagi..

Boleh bantu dalam kurangkan karenah birokrasi

Lando dalam masa sama turut menyatakan jika dia ada dalam sistem kerajaan, setidak-tidaknya ia boleh membantu dalam mengurangkan karenah birokrasi yang masih wujud pada sistem pentadbiran ketika ini.

Untuk rekod, pada PRU14, kerusi bagi parlimen Tanjong Karang ini telah berjaya dipertahankan oleh Tan Sri Noh Omar dari Barisan Nasional (BN) yang menewaskan pencabarnya Datuk Dr Zulkafperi dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Nor Az Azlan Ahmad yang mewakili PAS.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

13 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

14 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

14 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

16 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

18 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

18 hours ago