PRU15: Azwan Ali Sah Bertanding Di Gombak, Bakal Menentang Azmin Ali

Personaliti TV, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mengesahkan bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Berita Harian, Azwan yang berusia 56 bakal berdepan dengan adiknya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini dilaporkan sedia mempertahankan kerusi Parlimen Gombak pada PRU15 nanti.

Azwan yang dikenali sebagai Diva AA itu juga bakal berdepan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Azwan akan ke Pusat Penamaan Calon besok

Menurut Azwan, beliau akan hadir ke Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak, esok (5 November).

“Iya, anda akan menerima jawapannya, esok, iaitu pada hari penamaan calon.

“Saya akan berada di SMK Sungai Pusu. Jadi, orang ramai boleh ikut lintas langsung yang saya buat melalui TikTok dan Instagram (IG) untuk mendapatkan jawapan,” katanya.

Azwan akui sedikit gementar, bakal bertemu adik

Ketika ditanya mengenai perasaan beliau pada hari penamaan calon, Azwan yang juga hos Lagu Cinta Kita Musim ke-2 itu akui sedikit gementar.

“Saya gementar kerana kali terakhir saya nampak kelibat Azmin adalah pada PRU-14. Selepas sekian lama, esok pastinya saya akan sekali lagi bertembung dengan Azmin. Inilah masa dinanti-nantikan ribuan rakyat dan penyokong. Ramai yang mahu melihat momen ini.”

Kembali bertanding kerana sokongan tanpa henti dari banyak pihak

Menurut Azwan, keputusan untuk bertanding pada PRU15 itu dibuat susulan sokongan yang tidak henti-henti daripada banyak pihak kepadanya.

“Kali pertama saya bertanding adalah untuk kerusi DUN Bukit Antarabangsa pada PRU14.

“Ketika itu, saya hanya terima 90 undi. Maknanya, saya kalah teruk dan sudah tentu kerusi itu dimenangi Azmin.

“Tetapi, ketika itu, Azmin mewakili PKR. Sekarang, dia bersama parti baharu. Apa-apa pun, pertembungan Azmin bersama Diva AA memang dinanti-nantikan.

“Jadi, saya mahu ucapkan terima kasih kepada setiap sokongan yang saya terima.

“Saya hargai sokongan tanpa henti daripada orang ramai untuk saya menentang Azmin, terutamanya akhir-akhir ini,” katanya lagi.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

12 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

13 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

13 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

14 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

15 hours ago