Baru Sebulan Berkahwin, Pasangan Suami Isteri Diuji Rumah Musnah Terbakar

Siapa sangka baru sebulan mengecapi bahagia, sepasang suami isteri diuji apabila rumah sewa yang didiami hangus terbakar hingga menyebabkan mereka tinggal sehelai sepingang.

Memetik laporan Kosmo, dalam insiden yang berlaku pada jam 8.44 pagi, 8 November di Jalan Tun Dr. Ismail, Seremban, Negeri Sembilan, itu sebuah kenderaan jenama Proton Satria Neo milik suami kepada Siti Mariani Nasiri, 22, turut dilaporkan hangus terbakar.

Baru berkahwin pada Oktober lalu

Jelasnya, mereka baru mendirikan rumah tangga pada 23 Oktober yang lepas dan mula tinggal di kediaman berkenaan pada awal bulan lalu.

“Ketika kejadian, saya baru sahaja tiba di pejabat di Labu dan mendapat panggilan daripada suami memaklumkan rumah terbakar.

“Kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa di rumah kerana api sedang marak dan kereta kepunyaan suami yang diletakkan di sebelah rumah turut musnah. Tidak sangka is terjadi kerana kami baharu sahaja mula menyewa di sini,” ujarnya.

Katanya lagi, hanya pakaian dan sedikit wang simpanan sahaja yang terjejas kerana dia tidak menyimpan sebarang barang berharga di rumah tersebut.

Bomba laporkan sebanyak lima buah rumah separuh kekal musnah

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba Seremban, Mohammad Idris menyatakan dalam kebakaran itu dilaporkan sebanyak lima buah kediaman yang separuh kekal musnah.

Menurut beliau, pihaknya turut berjaya menyelamatkan seorang warga emas yang berusia 77 tahun daripada rentung semasa insiden itu berlaku.

Calon BN turut hadir santuni mangsa

Sementara itu, Felicia Wong Yin Ting iaitu calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Seremban turut berada di kawasan tersebut untuk menyantuni mangsa.

“Kebetulan saya hendak berkempen ke Mantin, jadi saya singgah sebentar.

“Setakat ini hanya seorang warga emas yang memerlukan penempatan sementara. Mangsa lain akan tinggal di rumah saudara berhampiran,” jelasnya.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

14 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

1 hour ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

4 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

5 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

6 hours ago