KJ Nyata Hasrat Mahu Jadi Perdana Menteri & Pimpin UMNO Satu Hari Nanti

Tidak kurang dari sebulan, rakyat di negara ini akan menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) selepas penamaan calon diadakan pada 5 November yang lalu.

Berdasarkan penamaan itu, kita juga dapat melihat terdapat beberapa calon yang diwakilkan oleh parti mereka tidak berasal dari kawasan tersebut.

Namun perkara itu sudah menjadi hal biasa kerana ada yang merasakan apa yang lebih penting adalah individu berkenaan boleh menjadi pemimpin yang bertanggungjawab.

Perkara ini samalah juga seperti Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menjadi calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sungai Buloh.

KJ nyatakan hasrat nak jadi Perdana Menteri

Semalam (8 November), KJ itu telah menyatakan hasratnya bahawa dia mahu memimpin UMNO dan menjadi Perdana Menteri (PM) suatu hari nanti.

Memetik laporan Harian Metro, perkara itu pertama kali disuarakan secara terbuka oleh Khairy sewaktu dia membuat ceramah program di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh, pada malam tadi (8 November) bagi meraih sokongan dari masyarakat di Parlimen tersebut agar memilihnya untuk PRU15 ini.

“Kalau orang Sungai Buloh menangkan saya, Sungai Buloh bukan hadnya. Saya bawa orang Sungai Buloh, satu hari nanti, kita pimpin Malaysia… Insya-Allah.

“Dengan takdir Allah SWT, dengan sokongan daripada rakan, satu hari nanti, saya mahu memimpin UMNO. Satu hari nanti, saya mahu menjadi Perdana Menteri anda untuk membangunkan negara ini, tapi saya mesti menang di sini dulu.

“Tidak pernah saya cakap tuan-tuan. Kalau saya cakap begitu, semua MT (Majlis Kerja Tertinggi UMNO) nak ‘keratkan’ saya, tapi sudah tiba masanya saya menyatakannnya,” ucapnya yang turut disambut dengan tepukan serta sorakan dari penduduk di situ.

Tak jawat jawatan sebagai PM buat masa ini

Beliau bagaimanapun, memaklumkan bukan hasratnya untuk menjawat jawatan tersebut buat masa ini.

Ia kerana sekiranya BN menang pada PRU kali ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan menyandang jawatan tersebut.

“Usia saya 46 tahun, boleh tunggu lagi, tapi jangan lama sangatlah. Saya sedia tapi saya kena buktikan di Sungai Buloh ini dulu.

“Kalau orang Sungai Buloh sokong saya, saya boleh maklumkan kepada orang parti, saya datang ke kandang naga dengan majoriti 26,000 dan saya menang kerusi untuk BN.

“Saya mahu memimpin parti dan saya mahu menerajui negara,” jelasnya lagi.

Video ucapan KJ turut tular di media sosial selepas dikongsikan wartawan Channel News Asia, Melissa Goh.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

11 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

12 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

13 hours ago