Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Didera Bapa Tiri, Kepala Dihentak & Usus Pecah

Seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera oleh bapa tirinya di rumah suspek di Taman Sri Ramal, Kajang, Selangor.

Insiden itu telah dilaporkan oleh pihak Hospital Serdang yang menerima pesakit kanak-kanak pukul 12.39 tengah malam.

Dibawa dalam keadaan tak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd.Zaid Hassan memaklumkan pesakit itu dibawa dengan menggunakan ambulans dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Hasil pemeriksaan didapati mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh doktor pakar pada 23 November mendapati punca kematian mangsa adalah dipercayai daripada kesan hentakan benda tumpul pada bahagian kepala dan abdomen (perut) yang menyebabkan usus pecah.

“Selain itu, terdapat juga kesan-kesan cedera lebam di bahagian punggung, buah dada dan lengan tangan mangsa,” katanya.

Polis tahan bapa tiri kepada kanak-kanak perempuan tersebut

Katanya, bertindak atas maklumat pihak polis kemudian menahan seorang lelaki berusia 53 tahun yang merupakan bapa tiri kepada kanak-kanak berkenaan di perkarangan Hospital Serdang sekitar jam 2.45 petang, semalam (23 November).

“Siasatan lanjut mendapati suspek yang ditangkap mengaku ada memukul mangsa sebelum ini menggunakan tangan, kaki dan baldi di dalam tandas akibat marah dengan mangsa yang sering membuat masalah di rumah semasa ketiadaan ibu mangsa di rumah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori dan gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan,” ujarnya lagi.

Pihaknya dalam masa sama turut meminta agar orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian berkenaan untuk memaklumkan kepada polis di mana-mana balai berdekatan atau terus menguhubungi Pegawai Penyiasat kes ASP Ray Erindra Raj 019-6616640 bagi membantu siasatan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

8 mins ago
  • Trending

Asrama Bersih & Cantik, Ramai Teruja Lihat Warga Emas Dalami Ilmu Agama Di Sekolah Pondok [Video]

Asrama tersebut dipercayai milik Pondok Pengajian Yayasan Al Muhammadiah yang terletak di Kampung Kuantan, Kuala…

21 mins ago
  • News
  • Trending

Suspek Pertama Simbah Asid Faisal Halim Yang Ditahan Di Pandan Indah Rupanya Bukan Pelaku

Sementara itu, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom menerusi satu ciapan di X pula Memaklumkan bahawa…

47 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Kumpul Duit Selama 3 Tahun, Peniaga Apam Balik Beli Rumah Guna Duit Syiling [Video]

Menurut Diana duit syiling tersebut telah dikumpul oleh peniaga apam balik berkenaan selama tiga tahun…

54 mins ago
  • Trending

Terpalit Isu Perkhidmatan Tiada Kelulusan JPJ, Ini Respon Dari BJAK

BJAK tidak menafikan isu yang timbul melibatkan pihak JPJ dan akan bekerjasama dengan organisasi terbabit…

1 hour ago
  • Trending

“They Don’t Read” – Topik Harith Iskander & Tajuddin Rasdi Tentang Melayu & Boikot Jadi Perhatian [Video]

Topik bertajuk "The Darkest Period in Malaysia’s History“ dalam show What’s Going on Malaysia yang…

2 hours ago