fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Didera Bapa Tiri, Kepala Dihentak & Usus Pecah

Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Didera Bapa Tiri, Kepala Dihentak & Usus Pecah

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, selain kepala dihenta dan usus pecah terdapat juga kesan cedera lebam seperti di bahagain punggung, buah dada dan lengan tangan mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera oleh bapa tirinya di rumah suspek di Taman Sri Ramal, Kajang, Selangor.

Insiden itu telah dilaporkan oleh pihak Hospital Serdang yang menerima pesakit kanak-kanak pukul 12.39 tengah malam.

Dibawa dalam keadaan tak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd.Zaid Hassan memaklumkan pesakit itu dibawa dengan menggunakan ambulans dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Hasil pemeriksaan didapati mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh doktor pakar pada 23 November mendapati punca kematian mangsa adalah dipercayai daripada kesan hentakan benda tumpul pada bahagian kepala dan abdomen (perut) yang menyebabkan usus pecah.

“Selain itu, terdapat juga kesan-kesan cedera lebam di bahagian punggung, buah dada dan lengan tangan mangsa,” katanya.

Polis tahan bapa tiri kepada kanak-kanak perempuan tersebut

Katanya, bertindak atas maklumat pihak polis kemudian menahan seorang lelaki berusia 53 tahun yang merupakan bapa tiri kepada kanak-kanak berkenaan di perkarangan Hospital Serdang sekitar jam 2.45 petang, semalam (23 November).

“Siasatan lanjut mendapati suspek yang ditangkap mengaku ada memukul mangsa sebelum ini menggunakan tangan, kaki dan baldi di dalam tandas akibat marah dengan mangsa yang sering membuat masalah di rumah semasa ketiadaan ibu mangsa di rumah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori dan gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan,” ujarnya lagi.

Pihaknya dalam masa sama turut meminta agar orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian berkenaan untuk memaklumkan kepada polis di mana-mana balai berdekatan atau terus menguhubungi Pegawai Penyiasat kes ASP Ray Erindra Raj 019-6616640 bagi membantu siasatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.