fbpx
Now Reading
Penjual Barang Kecantikan Dikecam Kerana Promosi Produk Pemutih Pada Kanak-Kanak

Penjual Barang Kecantikan Dikecam Kerana Promosi Produk Pemutih Pada Kanak-Kanak

Menurut penjual online berkenaan di dalam videonya, minuman produk pemutih itu boleh diminum oleh kanak-kanak seawal usia tujuh tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan pada hari ini banyak produk kecantikan telah dikeluarkan oleh usahawan di negara ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan.

Bukan hanya itu, produk kecantikan yang dikeluarkan itu mempunyai pelbagai fungsi yang didakwa boleh menyelesaikan masalah seperti jerawat, jeragat, masalah kulit gelap dan banyak lagi.

Produk yang dikeluarkan oleh segelintir usahawan ini tidak hanya digunakan pada bahagian luaran sahaja tetapi ia turut datang dalam bentuk serbuk, pil, atau cecair untuk dimakan secara terus.

Walau bagaimanapun, produk seperti ini kebiasaannya dikeluarkan khas untuk penggunaan golongan dewasa memandangkan organ dalaman mereka sudah matang berbanding dengan kanak-kanak.

Tular penjual promosi produk putihkan kulit pada budak

Namun berbeza dengan satu hantaran yang tular di X (Twitter) pada baru-baru ini apabila terdapat penjual produk kecantikan yang mempromosikan produk pemutih kepada kanak-kanak atau pelajar sekolah secara online.

Menerusi gambar tangkap layar daripada sebuah video kelihatan satu produk dipercayai berfungsi untuk memutihkan kulit dan penjual itu seolah-olah kagum dengan kecantikan pelajar sekolah pada ketika ini kerana mengamalkan minuman itu.

Boleh diminum seawal usia tujuh tahun

Apa yang lebih menjadi perhatian, penjual berkenaan turut mendakwa produk minuman berperisa strawberi itu boleh diminum seawal usia tujuh tahun.

“Patutlah budak sekolah sekarang bukan main cantik lagi, rupanya dia orang minum ni je.

“7 tahun ke atas dah boleh minum, tiada collagen dan gula tambahan,” ujarnya.

Ramai kecam tindakan penjual tak sepatutnya mempromosi produk terbabit kepada kanak-kanak

Perkara itu secara tidak langsung menjadi perhatian netizen yang mengecam tindakan penjual tersebut kerana menjual serta mempromosikan produk yang tidak bersesuaian untuk dimakan oleh kanak-kanak.

Malah ada juga yang menyatakan ia adalah satu tindakan yang bahaya untuk mendedahkan kanak-kanak kepada produk seperti itu kerana ia boleh mengundang kepada masalah buah pinggang di awal usia.

Bukan hanya itu ada juga yang berkongsi mereka mempunyai saudara yang masih bersekolah mempunyai rak yang penuh dengan produk kecantikan.

“Bahayanya mendedahkan supplement macam ni pada kanak-kanak umur bawah 12 tahun, waktu umur kecil tak perlu lagi supplement macam ni”

“Kalau baca bahan-bahan dia tak ada pun satu boleh cerah kan kulit. Dulu pun dah pernah viral susu ni tinggi gula”

Ramai pelajar usia 12 hingga dewasa berminat untuk beli

Walau bagaimanapaun, menerusi semakan kami di akaun TikTok milik penjual berkenaan video dia mempromosikan produk pemutih itu telah dimuat naik pada Disember tahun lalu sebelum sohor semula di X.

Melihat di ruangan komen TikTok berkenaan, kelihatan ramai pelajar sekolah yang dilihat berminat untuk mencuba produk tersebut dan mereka berusia sekitar 12 hingga dewasa.

Malah ada juga yang bertanya sama ada produk itu boleh diamalkan oleh kaum lelaki atau tidak.

@izzahtulatirah

Replying to @m4tchaa ✰ harga budak sekolah! 😭 7 tahun ke atas dh boleh minum. takde collegen & gula tambahan 🥛🍓 #milkywhite #susustrawberry #susustrawberry

♬ gay girls in love – kali ⋆౨ৎ˚ 🪷

“Budak 12 tahun boleh minum ke?”

“Lelaki boleh pakai ke?”

“Nak beli tapi mak tak kasi”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.