Dalam Bangunan MOT Hanya Fokus Hal Pengangkutan, Isu Politik Tanya Di Luar- Anthony Loke

Semalam tular di media sosial apabila Menteri Pengangkutan, Anthony Loke secara senyap-senyap meninjau keadaan sebenar perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya ketika waktu puncak.

Perkara itu, secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai meskipun beliau belum memulakan tugas sebagai menteri di kementerian tersebut tetapi pemimpin berkenaan sudah turun padang untuk mengalami sendiri keadaan sebenar seperti penumpang-penumpang lain.

Maklum tidak akan jawab sebarang pertanyaan berkaitan isu politik ketika sidang media Kementerian Pengangkutan

Terbaharu, beliau yang baharu sahaja memulakan tugasnya di Kementerian Pengangkutan pada hari ini memaklumkan bahawa dia tidak akan menjawab sebarang pertanyaan tentang isu politik pada hari pertamanya (6 December).

Memetik laporan Malaysia Gazzette, Anthony turut menegaskan bahawa hanya soalan tentang kementeriannya yang akan dijawab jika sidang media diadakan di pejabatnya.

“Pendekatan saya kalau saya berada di dalam bangunan Kementerian Pengangkutan (MOT), saya tidak akan menjawab apa-apa isu politik… saya akan fokus (kepada Kementerian Pengangkutan).

“Biarlah pihak lain nak cakap apa itu hak dia, kita telah pun diberikan mandat, kita diberikan tanggungjawab oleh Yang di-Pertuan Agong dilantik sebagai menteri. Jadi, tugas saya ialah fokus kepada tugas sebagai Menteri Pengangkutan,” jelasnya ketika sesi media.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini mendakwa bahawa wakil rakyat DAP memperoleh banyak manfaat dalam Kerajaan Perpaduan yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, apa sahaja soalan berkaitan politik akan dijawab sekiranya beliau berada dalam program parti namun bukan di kementerian kerana itu adalah pendirian yang telah ditetapkan olehnya.

“Bukan saya nak angkuh bukan saya sombong, bukan saya tak nak jawab soalan. Kalau isu politik boleh tanya saya dekat luar, kalau ada program parti boleh tanya saya isu politik, kalau program sidang media Kementerian Pengangkutan, saya hanya akan menjawab isu-isu berkenaan Kementerian Pengangkutan, itu stand (pendirian) saya,” katanya lagi.

Beliau dalam masa turut memohon maaf kepada media serta meminta agar mereka dapat memahami pendiriannya.

Presiden PAS dakwa DAP dapat manfaat banyak walau ramai tak dipilih dalam jawatan di Kabinet Kerajaan Perpaduan

Sebelum ini, Abdul Hadi ketika bertemu wartawan selepas selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul mendakwa bahawa DAP memperoleh manfaat yang banyak meskipun ahli parlimen dari parti berkenaan tidak ramai dipilih dalam jawatan di Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya, jawatan dalam kabinet bukanlah satu perkara yang penting sebaliknya apakah manfaat yang akan ditawarkan kepada wakil rakyat parti berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan Hadi yang juga Presiden PAS apabila diminta untuk mengulas tentang jumlah kecil anggota wakil rakyat DAP yang dilantik dalam kabinet walhal parti tersebut menang lebih banyak kerusi di Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

2 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

5 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

8 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

8 hours ago