Sebelum ini, media ada melaporkan berhubung satu kejadian tanah runtuh yang melibatkan lebih kurang 100 individu di sebuah tapak perkemahan di Batang kali, pada awal pagi ini (16 Disember).
Dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan berdekatan ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Genting Highland, Pahang.
Seramai 37 individu telah berjaya ditemui dan dalam keadaan selamat.
Terbaharu, 92 mangsa telah ditemukan manakala lapan mangsa dilaporkan meninggal dunia.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), setakat jam 9.15 pagi ini, seramai 92 mangsa telah ditemui.
Hasil siasatan mendapati 53 mangsa yang ditemui selamat, 7 cedera dan 8 mangsa meninggal dunia.
Jelas agensi itu lagi, operasi SAR juga masih diteruskan.
Memetik Malaysia Gazette, PDRM mengesahkan seorang kanak-kanak antara mangsa yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian tersebut.
Terdahulu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan, seramai 100 mangsa termasuk kanak-kanak ada di kawasan berkenaan ketika tanah runtuh berlaku.
Menurut Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis, satu panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan telah diterima oleh pihaknya pada 2.24 pagi sebelum menghantar anggota serta aset ke kawasan berkenaan.
“Menurut laporan awal komander operasi, kejadian tanah runtuh berlaku di tepi jalan berhampiran ‘Father’s Organic Farm’ dan telah menghempap tapak perkehemahan yang berada berdekatan dengan jalan.
“Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar,” ujarnya.
Setakat ini, kawasan tersebut telah dilaporkan ditutup dari orang ramai serta dikategorikan sebagai kawasan yang berisiko tinggi.
Selain itu, pihak berkenaan masih menjalankan operasi untuk mencari dan menyelamatkan mangsa-mangsa yang tertimbus.
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…