fbpx
Kejadian tanah runtuh batang kali

Kes Tanah Runtuh Di Tapak Perkhemahan Batang Kali, 8 Disahkan Maut

NADMA dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak 92 mangsa telah ditemukan manakala 8 lagi dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Genting Highland, Pahang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, media ada melaporkan berhubung satu kejadian tanah runtuh yang melibatkan lebih kurang 100 individu di sebuah tapak perkemahan di Batang kali, pada awal pagi ini (16 Disember).

Dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan berdekatan ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Genting Highland, Pahang.

Seramai 37 individu telah berjaya ditemui dan dalam keadaan selamat.

92 mangsa selamat & 8 dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh

Terbaharu, 92 mangsa telah ditemukan manakala lapan mangsa dilaporkan meninggal dunia.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), setakat jam 9.15 pagi ini, seramai 92 mangsa telah ditemui.

Hasil siasatan mendapati 53 mangsa yang ditemui selamat, 7 cedera dan 8 mangsa meninggal dunia.

Jelas agensi itu lagi, operasi SAR juga masih diteruskan.

Memetik Malaysia Gazette, PDRM mengesahkan seorang kanak-kanak antara mangsa yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian tersebut.

Dipercayai 100 mangsa termasuk kanak-kanak berada dikawasan tanah runtuh

Terdahulu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan, seramai 100 mangsa termasuk kanak-kanak ada di kawasan berkenaan ketika tanah runtuh berlaku.

Menurut Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis, satu panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan telah diterima oleh pihaknya pada 2.24 pagi sebelum menghantar anggota serta aset ke kawasan berkenaan.

Kejadian tanah runtuh berlaku di tepi jalan berdekatan ladang organik

“Menurut laporan awal komander operasi, kejadian tanah runtuh berlaku di tepi jalan berhampiran ‘Father’s Organic Farm’ dan telah menghempap tapak perkehemahan yang berada berdekatan dengan jalan.

“Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar,” ujarnya.

Kawasan kejadian tanah runtuh dah ditutup & operasi mencari dan menyelamatkan mangsa giat dijalankan

Setakat ini, kawasan tersebut telah dilaporkan ditutup dari orang ramai serta dikategorikan sebagai kawasan yang berisiko tinggi.

Selain itu, pihak berkenaan masih menjalankan operasi untuk mencari dan menyelamatkan mangsa-mangsa yang tertimbus.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.