KPM Beri Jaminan Wang BAP Yang Disamun Akan Diganti Sebelum Mac

Sebelum ini, kami ada melaporkan berita tentang kehilangan wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM109,000 yang lesap disamun penjenayah selepas dikeluarkan oleh seorang guru besar di Semenyih, Selangor.

Semasa insiden berlaku, guru besar berkenaan dipercayai meninggalkan wang tersebut di dalam kenderaannya untuk keluar membeli air minuman, sebaik sahaja kembali dia mendapati cermin kereta telah dipecahkan selain wang turut dicuri.

Susulan kes tersebut pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan wujudnya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi proses pengambilan wang tunai yang dilakukan oleh guru berkenaan.

Baca artikel berkaitan: Kes Guru Besar Disamun, KPM Sahkan Terdapat Perlanggaran SOP Semasa Pengeluaran Wang BAP Bernilai RM109K

Wang akan diganti semula sebelum Mac

Terbaharu, KPM telah memberi jaminan bahawa peruntukkan BAP yang disamun itu akan digantikan kepada pelajar sekolah berkenaan sebelum bermulanya sesi persekolahan Mac nanti.

Mememitik laporan Utusan Malaysia, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan pihaknya ralat berhubung kes tersebut tetapi wang itu tetap akan digantikan semula untuk diberikan kepada pelajar.

Tunggu kelulusan dari MOF

Ujarnya, kementeriannya juga masih menanti kelulusan serta jawapan dari pihak Kementerian Kewangan (MOF) berhubung gantian BAP berkenaan.

“Duit yang hilang itu akan diganti semula, jangan risau. Itu hak anak-anak,” jelasnya.

Fadhlina turut memaklumkan bahawa guru besar yang terlibat dalam insiden wang BAP disamun itu akan disiasat mengikut tata tertib penjawat awam.

Jelas Menteri Pendidikan itu, pihaknya telah menyerahkan hal tersebut kepada polis dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor untuk menjalankan siasatan.

“JPN Selangor sudah pun bertemu dengan guru besar berkenaan dan mereka akan umumkan hasil siasatan itu kemudian,” ujarnya.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

3 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago