Mahu Elak Ditangkap Basah, Pasangan Kekasih Mengaku Adik Beradik Sebelum Dicekup JAIM

Sepasang kekasih sanggup mengaku kononnya mereka adalah adik-beradik kerana tidak mahu ditahan sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana berkhalwat dalam satu serbuan di hotel bajet di Klebang, Melaka pada 22 Januari lalu.

Memetik laporan Kosmo, mereka yang berusia antara 29 dan 28 tahun tersebut merupakan salah satu dari 10 pasangan yang dicekup dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah yang diadakan sempena Tahun Baru Cina.

Ambil masa 10 minit untuk buka pintu, berkali-kali bagitahu adik-beradik

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat menyatakan semasa diserbu pasangan berkenaan telah mengambil masa sekitar 10 minit untuk membuka pintu sebelum membenarkan penguat kuasa melakukan pemeriksaan di dalam bilik terbabit.

“Pasangan itu kemudiannya berkali-kali memberitahu mereka adalah adik beradik sehingga keadaan menjadi tegang, namun gagal membuktikannya melalui dokumen yang sah.

“Selepas lebih 5 minit soal siasat, mereka akhirnya mengakui sebagai pasangan kekasih dan memberikan alasan bermalam di hotel tersebut untuk berehat,” jelasnya ketika dihubungi media.

Pasangan ditahan menerusi maklumat diterima dari orang awam

Jelas beliau, sembilan lagi pasangan telah dicekup dalam serbuan di kawasan Simpang Ampat dan Rembia dalam operasi yang dilakukan pada jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.

“Kesemua pasangan itu berjaya ditahan hasil daripada maklumat orang awam dan ahli Rakan Setiaku JAIM (RASIM) yang membantu pihak JAIM dalam mengekang aktiviti tidak bermoral serta maksiat.

“Mereka telah dibawa ke pejabat JAIM bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” ujarnya lagi.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

3 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

4 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

5 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

8 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

8 hours ago