Semalam (24 Januari), bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah binti Anwar telah berkongsi berita sedih mengenai pemergian bayi dalam kandungannya.
Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya itu, anak kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga berkongsi gambar beliau bersama ibu dan bapanya yang sedang berpelukan.
“Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelukan.
“Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama, selesai berkempen, sempat pula dijangkiti Covid-19 buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat,” katanya
Munurutnya, pemergian anak keempatnya di dalam kandungan itu merupakan satu berita yang amat mengejutkan disaat dirinya sedang sibuk bekerja.
“Sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung,” katanya lagi.
Walaupun pemergian anaknya itu amat menyedihkan, Nurul Izzah tetap bersyukur kepada Allah SWT tatkala memikirkan nasib kaum wanita lain yang turut melalui ‘episod’ serta pengalaman yang sama.
Ujarnya lagi, beliau juga mendoakan agar setiap orang yang pernah merasai saat kehilangan orang tersayang akan terus kuat dan tabah kerana kehidupan ini harus diteruskan.
“Jadi kepada anda – hampir semua daripada kita yang pernah merasai kehilangan, kita boleh menawarkan doa, pelukan maya dan ingatan bahawa kehidupan ini diteruskan.
“Keindahan kegembiraan dan kebahagiaan ini, mengintai setiap sudut sama ada senyuman Safiyah, Harith dan Yu Zhou. Atau dalam pelukan papa dan mama, setiap saat itu dikira. Selamat pulang dalam setiap kehangatan yang anda alami,” luahnya.
Di akhir perkongsiannya, Nurul Izzah turut menasihati agar setiap insan yang sedang melalui proses penyembuhan untuk mengambil sedikit masa sebelum masuk ke bab seterusnya dalam kehidupan baharu.
Terdahulu, media melaporkan Nurul Izzah telah berkahwin dengan seorang penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong bulan Ogos tahun lalu.
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…
Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…
Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…
Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…
Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…