Pengusaha Tapak Perkhemahan Di Selangor Wajib Daftar Dengan PBT Bermula Februari

Semua pengusaha tapak perkhemahan (CO) di negeri Selangor kini perlu berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bermula Februari 2023.

Menurut EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han tindakan tersebut perlu demi menjamin keselamatan para pengunjung.

Sze Han menerusi satu sidang media berkata, perkara itu diputuskan sewaktu Bengkel Penyediaan Garis Panduan Pemutihan Tapak Perkhemahan Negeri Selangor bersama pelbagai agensi baru-baru ini.

“Satu resolusi telah dipersetujui di mana tindakan awal bagi program pemutihan tapak perkhemahan disasarkan untuk bermula pada bulan Februari 2023 melibatkan pendaftaran tapak perkhemahan oleh pihak pengusaha seluruh Negeri Selangor dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.

“Demi menjamin keselamatan orang awam serta pengusaha, Kerajaan Negeri Selangor dan PBT memohon agar semua pengusaha segera membuat pendaftaran di dalam program pemutihan ini,” kata beliau sewaktu sidang media di Hotel Dorset Grand Subang, Subang Jaya pada Selasa (31 Jan) petang.

Difahamkan syarat umum kelulusan diberi mengikut kesesuaian tapak perkhemahan dan syarat perlesenan yang wajib kepada pengusaha di tanah persendirian.

Kaedah pendaftaran akan diumum dalam masa terdekat

Menurut beliau lagi sebarang perkembangan mengenai perkara ini termasuk kaedah pendaftaran akan dihebahkan oleh PBT kepada umum dalam masa terdekat dari semasa ke semasa.

“Ketika ini, kita tidak letakkan tarikh akhir bagi pendaftaran, ia mungkin akan diumumkan dari semasa ke semasa.

“Manakala bagi pertimbangan pemberian Lesen Perniagaan Sementara dan Permit Bangunan Sementara dalam membantu pihak pengusaha beroperasi secara selamat, anggaran tempoh proses yang terlibat adalah bermula pada bulan April 2023.

“Syarat minimum yang wajib bagi permohonan lesen dan permit tersebut adalah keperluan pelan ukur tanah (survey plan) oleh Juruukur Tanah yang bertauliah.”

[Video sidang media]

Terdahulu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, garis panduan berhubung ketetapan dan peraturan aktiviti perkhemahan akan dikuat kuasa untuk menjamin keselamatan nyawa.

Ia selepas tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali pada Disember lepas yang mengorbankan 31 nyawa.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

1 hour ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

2 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

3 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago