Umum mengetahui permainan lato-lato kini mula menjadi fenomena di kalangan anak muda di negara ini.
Malah permainan ini bukan hanya dimain oleh remaja tetapi turut menjadi perhatian buat kanak-kanak sehingga mereka mula membeli dan bermain permainan berkenaan di merata tempat termasuklah di sekolah.
Bagaimanapun, permainan ini dikatakan sedikit berbahaya kepada kanak-kanak kerana boleh mencederakan disebabkan ladungnya yang berat.
Terbaharu, ibu bapa yang bimbang akan keselamatan pelajar khususnya di sekolah rendah berpendapat permainan berkenaan perlu dikawal.
Memetik laporan Berita Harian, Pengerusi Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) Kedah, Zainol Abidin Mohamad menyatakan pihak sekolah serta ibu bapa hendaklah mengawal pelajar dari bermain lato-lato dan melarang permainan itu dari dibawa ke sekolah.
“Permainan lato-lato ini baharu bermula di negara ini, namun kita kesan ia sudah menular ke sekolah. Kita harap ia dikawal terlebih dahulu kerana permainan ini mengeluarkan bunyi bising dan bingit, ia juga wajar dilarang dibawa ke sekolah.
“Apa yang kita bimbang lato-lato ini mempunyai ladung yang berat, jadi jika ia terkena muka pelajar maka akan mencederakan. Disebabkan itu kita harap ibu bapa dan pihak sekolah pantau perkara ini,” ujarnya.
Beliau yang juga Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berpendapat setiap pihak perlu menjalankan peranan masing-masing dalam memberi fokus terhadap kecemerlangan akademik murid selepas berlakunya penularan COVID-19 yang telah menjejaskan prestasi mereka.
“Banyak isu di sekolah sekarang, ada pelajar yang tidak boleh baca lagi di sekolah walaupun sudah masuk Tahun Tiga dan ketiadaan peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) menyebabkan pelajar terlalu leka.
“Ketika ini semua guru bekerja keras mengajar kembali silibus yang ketinggalan ketika penularan COVID-19 dahulu, pelajar pula apabila tidak ada peperiksaan menjadi lalai dan tidak mahu belajar. Jadi kita tak mahu ada gangguan perkara in pula,” jelasnya.
Permainan tersebut mula dikenali di Amerika Syarikat sekitar tahun 60-an dan juga 70-an sehingga ia menjadi kegemaran masyarakat di Indonesia sebelum menjadi terkenal di Malaysia.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Datuk Haji Najmi Haji Ahmad memaklumkan kerajaan negeri akan melakukan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah untuk membincangkan langkah terbaik bagi mengatasi hal berkenaan.
“Setakat ini, saya dimaklumkan tiada larangan permainan ini di sekolah, tetapi saya akan berbincang dengan JPN Kedah. Kita turut bimbang jika ada pelajar cedera akibat permainan ini.
“Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat kepada pelajar menuntut ilmu, jadi kita harap ibu bapa dapat pantau anak mereka termasuk elak permainan ini dibawa ke sekolah,” ucapnya.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…
Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…
Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…
Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…
Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…