Rakyat Malaysia Cedera Parah Di Perut & Peha Kerana Ditembak Di Betong, Thailand

Seorang lelaki warganegara Malaysia mengalami kecederaan parah selepas ditembak sebanyak tiga das oleh penyerang yang tidak dapat dikenal pasti sewaktu sedang menunggang motosikal berdekatan sebuah kedai serbaneka di bandar Betong, Wilayah Yala, Thailand pada 11 Februari lepas.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Pengakalan Hulu, Deputi Superintendan Zulkepli Ibrahim memaklumkan lelaki yang berusia 55 tahun itu berasal dari Pengakalan Hulu dan dikatakan selalu berkunjung ke Betong sejak sekian lama disebabkan mempunyai isteri warga negara terbabit selain turut pernah melakukan perniagaan pusat hiburan di Betong.

Mangsa alami kecederaan parah di perut dan peha kerana ditembak

Menurutnya, dalam insiden yang berlaku jam 9 malam waktu tempatan (waktu Thailand) tersebut telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan peha sebelum dibawa ke hospital di Betong untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa yang sedang menunggang motosikal ditembak sebanyak tiga das oleh seorang penyerang yang tidak dikenali semasa berada di hadapan sebuah kedai serbaneka.

“Suspek yang menyerang dipercayai adalah warga Thailand namun identitinya tidak dikenal pasti dan berjaya melarikan diri serta belum ditangkap,” ujarnya.

Kes disiasat oleh polis dan pihak berkuasa Thailand

Beliau turut memaklumkan bahawa kes berkenaan tidak disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi disiasat Polis Thailand serta pihak berkuasa negara terbabit masih lagi melakukan siasatan untuk memburu suspek bagi mengetahui motif serangan dibuat.

“Siasatan sama ada motif kejadian berunsurkan perbalahan peribadi atau sebaliknya perbalahan berkaitan perniagaan,” ucapnya.

Tambah beliau lagi, mangsa turut mempunyai rekod lampau berkenaan kes jenayah dan dadah di Malaysia.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago