Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (24 Februari) telah membentang Belanjawan Malaysia Madani 2023 yang berjumlah RM388.1 billion.
Angka ini sekali gus, menjadikan belanjawan 2023 yang terbesar dalam sejarah.
Ketika pembentangan dilakukan Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa insiatif bantuan yang akan disediakan buat rakyat di negara ini, antaranya:
Pada tahun ini kerajaan akan membekalkan sekolah serta institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan 50,000 komputer riba.
Berkait tentang pinjaman PTPTN, kerajaan bersetuju untuk :
Sebelum ini, golongan B40 sering mendapat bantuan berbanding kumpulan pertengahan M40.
Oleh itu, bermula 2023 kadar cukai pendapatan individu pemastautin akan dikurangkan sebanyak 2% melibatkan banjaran lebih RM35,000 hingga RM100,000.
Pengurangan cukai ini dijangka akan memberi manfaat kepada 2.4 juta pembayar cukai dengan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300.
Sebanyak RM120 juta akan disediakan untuk Skim Perubatan Madani yang bakal diperkenalkan khusus buat golongan miskin untuk mendapatan rawatan kesihatan di klinik dan pengamal perubatan am swasta seperti yang dilakukan oleh kerajaan Selangor.
Bagi mereka yang diisytihar muflis kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 agar kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat.
Untuk kes kecil seperti hutang kurang RM50,000 yang memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac ini. Kerajaan menyasarkan 130 ribu rakyat dilepaskan dari status muflis dengan lulusnya pindaan tersebut.
Untuk menggalakkan wanita kembali bekerja, PERKESO akan membuat pindaan Aktanya untuk membolehkan pemberian geran bersamaan 80% dari nilai gaji yang diinsurankan pekerja.
Sekitar 130 ribu wanita kembali bekerja dianggarkan akan mendapat manfaat ini yang melibatkan dana RM290 juta setahun.
Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP sebanyak RM500 ke dalam akaun 1 buat pencarum.
Malah menerusi inisiatif ini seramai hampir 2 juta ahli KWSP akan mendapat manfaat namun ia hanya akan melibatkan ahli KWSP berusia 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang dari RM10,000 di dalam akaun 1 mereka.
Kerajaan telah menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1. Beberapa pembaharuan diambil kira supaya isi rumah yang benar-benar terkesan, mendapat manfaat yang lebih daripada STR. Antaranya:
Kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 ringgit dengan peruntukan RM400 juta untuk 2 juta belia berusia 18 hingga 20 tahun.
Kerajaan bakal melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin supaya meningkatkan potensi pendapatan.
Sejumlah RM750 juta peruntukan disediakan untuk tahun 2023 kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan IPR.
Kerajaan telah menerima komitmen swasta untuk mewujudkan Wakaf MADANI dengan aset-aset bernilai lebih 1 bilion ringgit. Aset-aset yang terdiri daripada tanah, masjid, bangunan, kemudahan kesihatan dan pendidikan akan dioptimumkan bagi manfaat golongan fakir miskin, berpendapatan rendah dan golongan rentan lain.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…