Isu Rasuah: Kerajaan Bakal Pinda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat Untuk Lindungi Whistleblower

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (24 Feb) mengumumkan kerajaan akan meminda dan membentangkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.

Jelas beliau, pindaan ini bagi melindungi pemberi maklumat supaya agenda membanteras rasuah dan salah laku benar-benar dapat dilaksanakan dan menuaikan hasil.

“Selama ini ada orang berasa curiga, takut dan menerima tekanan, apabila ingin memberikan maklumat,” kata beliau sewaktu membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Parlimen.

Sebagai rekod, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat merupakan satu akta untuk menggalakkan pendedahan maklumat mengenai sebarang jenayah rasuah atau salah laku lain.

Akta ini akan memberi perlindungan kepada pemberi maklumat daripada sebarang tindakan memudaratkan akibat daripada pendedahan yang telah dibuat.

Syarat perlindungan

Mengikut akta sedia ada, syarat-syarat untuk memberikan perlindungan adalah:

  • Pemberi maklumat bersedia untuk dikenali oleh SPRM.
  • Pemberi maklumat hadir sendiri dan berjumpa dengan pegawai SPRM sama ada di pejabat atau di mana-mana tempat.
  • Sekiranya pendedahan Kelakuan Tidak Wajar dibuat melalui surat/emel/panggilan telefon/khidmat pesanan ringkas, pemberi maklumat perlu menyatakan identiti dan alamat atau cara bagaimana beliau boleh dihubungi

Menurut SPRM, terdapat beberapa jenis perlindungan yang ditawarkan iaitu:

  • Identiti pemberi maklumat serta maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan kepada sesiapa pun termasuk semasa perbicaraan di mahkamah. (Sekyen 7(1)(a) Akta APPM 2010)
  • Pemberi maklumat tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan sivil, jenayah atau tatatertib akibat daripada pendedahan tersebut. (Sekyen 7(1)(b) Akta APPM 2010)
  • Pemberi maklumat dilindungi daripada sebarang tindakan yang memudaratkan hasil tindak balas pendedahan yang telah dibuat. (Sekyen 7(1)(c) Akta APPM 2010)
  • Perlindungan turut diberikan kepada mereka yang mempunyai kaitan/hubungan dengan pemberi maklumat. (Sekyen 7(3) Akta APPM 2010)

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

14 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

15 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

15 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

16 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

19 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

19 hours ago