Polis Buru Kumpulan Lelaki Pukul Pemandu Treler Dalam Kemalangan Maut Di Klang

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memburu beberapa lelaki yang memukul seorang pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan hingga meragut nyawa seorang murid perempuan berusia sembilan tahun di Kampung Telok Gong, Klang pagi semalam (22 Mac).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, satu laporan diterima daripada pemandu treler berusia 36 tahun selepas dia mendakwa dipukul beberapa lelaki sehingga cedera.

Menurutnya, siasatan polis mendapati dalam kejadian yang berlaku 11.30 pagi semalam, pemandu lori kontena yang sedang membawa peralatan membuat paip di Jalan Telok Gong telah melalui simpang Jalan Bawal.

Sebuah motosikal keluar dari simpang jalan secara tiba-tiba

Bagaimanapun, sebuah motosikal secara tiba-tiba keluar dari persimpangan jalan berkenaan menyebabkan pemandu treler tidak sempat mengelak.

“Penunggang motosikal bersama dua pembonceng iaitu kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya sehingga kanak-kanak perempuan tergilis tayar belakang lori dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Setelah kemalangan berlaku, sekumpulan lelaki kemudian berkumpul di lokasi kejadian dan memukul pemandu lori kontena dan memecahkan cermin hadapan kenderaan itu.

“Akibat daripada itu, pemandu lori kontena mengalami kecederaan luka di pipi kanan, lebam mata, sakit di seluruh anggota badan dan sudah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan

Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan dan mendatangkan kecederaan serta kesalahan khianat terhadap harta benda.

“Pihak polis masih meneruskan usaha untuk mengesan dan menangkap suspek-suspek yang terlibat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini atau suspek yang terlibat diminta untuk menyalurkannya terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03- 33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya lagi.

Tular kemalangan menyayat hati libatkan murid perempuan 9 tahun

Terdahulu, BuzzKini melaporkan mengenai insiden menyayat hati yang melibatkan seorang murid perempuan berusia sembilam tahun maut digilis treler semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampun Telok Gong, Klang, Selangor.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Perempuan Usia 9 Tahun Maut Digilis Treler Ketika Pulang Dari Sekolah

Selain itu, pihak polis juga memaklumkan punca kemalangan adalah disebabkan motosikal yang dinaiki kesemua mangsa gagal dikawal semasa melalui bahu jalan yang berpasir.

Difahamkan, kesemua mangsa yang menaiki motosikal tidak memakai topi keledar keselamatan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

16 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

16 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

17 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

17 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

18 hours ago