Padah Terjun Landasan LRT Untuk Ambil ‘Earphone’, Lelaki Ditahan Polis

Tindakan seorang lelaki yang ingin mengambil ‘earphone’ dengan menceroboh ke landasan keretapi di stesen LRT Taman Paramount akhirnya memakan diri apabila dia ditahan oleh pihak polis, semalam (27 Mac).

Individu ditangkap oleh polis bantuan Prasarana

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid laporan berhubung insiden itu diterima pihaknya pada jam 9.28 pagi mengenai tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis bantuan Prasarana.

“Ketika kejadian kira-kira puku 8.09 pagi itu, penggera landasan berbunyi dan mendapati seorang lelaki warga tempatan berusia 23 tahun berada di landasan LRT Platform 1 (Northbound).

“Lelaki yang bekerja sebagai seorang akauntan itu mengambil earphone dan menyebabkan tren tergendala selama tiga minit,” jelasnya dipetik Kosmo.

Kes disiasat di bawah Seksyen 62 Akta Keretapi 1991 (Akta 463) kerana menceroboh landasan keretapi.

Dituduh di Mahkamah Petaling Jaya hari ini (28 Mac)

Jelasnya, OKT juga telah dituduh mengikut seksyen tersebut di Mahkamah Petaling Jaya pada hari ini (28 Mac).

Orang ramai turut dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan jangan melakukan sesuatu perbuatan jenayah.

Sekadar info sekiranya anda mengalami situasi seperti barangan peribadi atau berharga jatuh di landasan keretapi maklumkan terlebih dahulu kepada petugas atau polis bantuan, peringatan ini turut diletakkan di beberapa papan tanda sekitar kawasan tren.

Foto: Zarith Sofea

Sekitar tahun 2019, seorang lelaki warga India yang dikenali sebagai Jaswinder Singh didenda RM400 kerana menceroboh dan melintas trek di stesen sama.

Menurut peguam, Datuk Suraj Singh yang mewakilinya, tertuduh melakukan kesalahan berkenaan kerana sudah terlambat ke tempat kerja.

Mengikut Seksyen 62 Akta Keretapi 1991 (Akta 463), Mana-mana orang yang menceroboh sesuatu keretapi atau mana-mana premis keretapi, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.

Recent Posts

  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

12 mins ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

2 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

18 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

19 hours ago