Remaja Hilang Di Melaka Bulan Lalu Disyaki Jadi Mangsa Rogol Bapa Tiri, Suspek Suami Isteri Direman 7 Hari

Polis menahan sepasang suami isteri yang sebelum ini tular membuat laporan mengenai kehilangan anak perempuan mereka di Jasin, Melaka bulan lalu selepas disyaki terlibat dalam kes rogol membabitkan remaja tersebut.

Difahamkan, kedua-dua suspek ditahan di di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sebaik tiba dari Sabah sekitar jam 9.30 malam tadi (Sabtu).

Mangsa buat laporan sudah dirogol bapa tiri selama tiga tahun, suspek ditahan & direman tujuh hari

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Ahmad Jamil Radzi permohonan reman telah dilakukan dan mahkamah membenarkan suspek direman selama tujuh hari sehingga 15 April ini.

“Remaja terbabit telah membuat laporan polis memaklumkan dia telah dirogol oleh bapa tirinya selama tiga tahun.

“Susulan itu kita telah menahan suspek lelaki dan isterinya sejurus mereka tiba dari Sabah di KLIA2 malam tadi. Kedua-dua mereka kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Kes seterusnya disiasat mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan / 109 kanun sama,” kata Ahmad Jamil dipetik dari Kosmo.

Perbuatan terkutuk suami diketahui isterinya

Tambah beliau lagi, polis percaya jenayah terkutuk yang dilakukan lelaki tersebut adalah dalam pengetahuan si isterinya yang juga ibu kandung kepada mangsa.

“Namun siasatan terperinci masih dilakukan. Suspek lelaki merupakan seorang pengawal keselamatan, manakala isterinya peniaga nasi lemak,” katanya.

Terdahulu media melaporkan sepasang suami isteri mendakwa anak perempuan mereka berusia 16 tahun telah hilang dari rumah mereka di Jasin pada 17 Mac lalu.

Si ibu turut menggunakan media sosial untuk meminta orang ramai membuat hebahan agar anaknya dapat ditemui dengan selamat.

Namun selepas 18 hari dilaporkan hilang, gadis tersebut berjaya ditemukan dalam keadaan selamat di sebuah rumah rakan lelakinya di Kampar, Perak pada 5 April lalu dibawa pulang ke Melaka.

“Hasil soal siasat remaja tersebut mengaku secara sukarela mengikut rakannya itu dan tinggal bersamanya dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Lelaki terbabit turut membantu pihak polis untuk membawa gadis terbabit pulang ke Melaka, semalam (5 April),” kata Ahmad Jamil dipetik dari Utusan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago