Polis Buru Sekumpulan Individu ‘Serang’ Rumah Di Gombak Dengan Mercun Hingga Sebabkan Kecederaan [Video]

Baru-baru ini, tular di media sosial satu perkongsian video yang memaparkan tindakan sekumpulan remaja menembak mercun ke arah semua rumah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @luzers979107106112, kejadian dikatakan berlaku di Kampung Changkat Kiri Gombak, Selangor.

Lebih parah lagi, apabila dua orang dipercayai penghuni rumah berkenaan mengalami kecederaan akibat terkena percikan letupan mercun terbabit.

@luzers979107106112

Kalau macam ni boleh ambil tindakan apa ya ? Dah tegur tapi tak jalan 🙂 @UtusanTV @pdrmalaysia #asalgombak #pdrm

♬ original sound – anak yatim – anak yatim

Polis giat buru kesemua suspek yang terlibat

Terkini, pihak polis dilaporkan sedang mempergiatkan usaha memburu sekumpulan individu terlibat dalam kejadian tersebut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad berkata hasil siasatan pihaknya mendapati kejadian berlaku pada 31 Mac lalu sekitar pukul 12.05 tengah malam.

“Dalam video tersebut juga memaparkan seorang individu telah mengalami kecederaan di belakang telinga dan seorang individu lagi mengalami kecederaan di bahagian paha sebelah kiri.

“Semasa pengadu satu wanita warga Indonesia berumur 27 tahun berada di rumah terdapat sekumpulan individu bermain mercun menghala ke rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam (9 April).

Insiden terbabit menyebabkan dua penghuni rumah alami kecederaan

Jelas Noor Ariffin, kejadian itu menyebabkan seorang wanita berumur 24 tahun cedera di bahagian pada manakala seorang lagi remaja lelaki berusia 19 tahun cedera di belakang telinga.

Susulan dari insiden itu, usaha pihak polis untuk memburu kesemua suspek yang terlibat masih giat diteruskan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435/324 KK iaitu kianat dengan api atau benda letupan sehingga mendatangkan kecederaan.

@luzers979107106112

Replying to @Kaki select🔥 23 march hari pertama puasa korang mulakan dan bertubi2 korang baling mercun bola , korang sellotape mercun bola dengan batu supaya shoot sampai ketempat kami . pihak kami tak ada sorang yang mulakan , tapi kenapa rumah kami yang korang attack ? Yg comment sila pm saya untuk beri kerjasama dan bawa video bukti sekali ke balai .

♬ original sound – anak yatim – anak yatim
@luzers979107106112

Replying to @Terima.Hakikat Kalau ada pihak sana yang cuba untuk defend diri sendiri sila stitch video ini dgn video2 anda . Lagi banyak video lagi senang kita bincang di balai 🥰

♬ original sound – anak yatim – anak yatim
@luzers979107106112

Replying to @liani98 ‼️UPDATE ‼️ 7 APRIL 2023 PUKUL 10:30PM

♬ original sound – anak yatim – anak yatim

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

35 mins ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago