Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan keseluruhan empat individu termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes melarikan seorang lelaki di hadapan sebuah hotel di Shahab Perdana, Alor Setar pada Isnin (24 April) lalu.
Keempat-empat individu berkenaan yang berusia antara 39 hingga 43 tahun ditahan secara berasingan di sekitar Alor Setar, Changlun dan Jitra.
Difahamkan penahanan tiga suspek tersebut pada malam semalam (25 April) susulan kejayaan polis menahan seorang suspek pada pagi hari yang sama.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir, seorang suspek lelaki berusia 43 tahun itu direman sehingga 28 April ini.
Tambah beliau, tiga lagi suspek direman enam hari sehingga 1 Mei depan bagi membantu siasatan, lapor Bernama.
Dalam pada itu beliau turut mengesahkan mangsa kejadian yang berusia 27 tahun sudah pun ditemukan dengan selamat.
Polis bagaimanapun masih menyiasat motif kejadian.
Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 41 saat memperlihatkan mangsa dilarikan secara paksa oleh sekumpulan individu ke dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Viva berwarna putih.
Menerusi video tersebut, mangsa yang menjerit kesakitan ditarik sebelum ditolak masuk ke dalam kereta tersebut oleh beberapa individu.
Baca artikel berkaitan:
Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…
Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.