fbpx

Kes Larikan Lelaki Di Alor Setar, Polis Tahan 1 Suspek & Buru 4 Lagi

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan polis awal pagi Selasa selepas bapa mangsa membuat laporan berhubung insiden.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (25 April) tular di media sosial video menunjukkan satu kes di mana seorang lelaki dilarikan secara paksa.

Menerusi video berdurasi 41 saat itu, empat individu termasuk seorang wanita dilihat memaksa dan menolak mangsa masuk ke dalam sebuah Perodua Viva berwarna putih di hadapan sebuah hotel di Shahab Perdana, Alor Setar.

Lebih mengejutkan, tindakan empat individu itu dilakukan secara terang-terangan malah disaksikan beberapa orang awam difahamkan pada Isnin (24 April) petang.

Terbaharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menahan seorang suspek berhubung kes tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan polis awal pagi Selasa selepas bapa mangsa membuat laporan berhubung insiden.

“Berikutan itu, bapa mangsa bergegas ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi, lelaki tersebut ditunjukkan rakaman video kejadian yang dirakam orang awam di situ. 

“Bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Hasil siasatan dijalankan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar berjaya menahan seorang suspek lelaki berusia 43 tahun awal pagi ini (25 April),” katanya dipetik dari Utusan.

Tambah Ahmad Shukri lagi, setakat ini terdapat lima suspek bagi kes tersebut yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita. 

“Pihak kami sedang berusaha menghubungi mangsa dalam masa terdekat. Selain itu, usaha juga dijalankan untuk memburu saki baki suspek yang masih bebas. 

“Motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 362 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.