fbpx
Now Reading
Peniaga Maut Gara-gara Dirempuh Remaja 14 Tahun Pandu Kereta Tanpa Lesen

Peniaga Maut Gara-gara Dirempuh Remaja 14 Tahun Pandu Kereta Tanpa Lesen

Kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke pembahagi jalan sebelum masuk ke arah bertentangan lalu bertembung dengan motosikal dinaiki mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (22 Oktober), satu lagi kes kemalangan maut dilaporkan berlaku melibatkan dua orang penunggang motosikal yang telah dilanggar sebuah kereta.

Namun apa yang lebih mengejutkan adalah apabila kereta itu dipandu oleh seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Insiden yang terjadi berdekatan sebuah kawasan stesen minyak di Jalan Kuala Kedah, Alor Setar telah meragut nyawa Nur Syafiqah Abdullah, 32, yang meninggal dunia di tempat kejadian, manakala kakaknya, Nooraliza, 43, tercedera pada bahagian dada, pinggang dan kaki kiri.

Remaja Perempuan Hilang Kawalan & Terbabas Pada Arah Bertentangan Jalan

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), kedua-dua mangsa kemalangan merupakan peniaga di Kampung Ulu, Kuala Kedah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, kejadian yang berlaku ketika hujan itu telah dimaklumkan kepada PDRM pada jam 7.05 malam.

“Siasatan mendapati dua beradik yang menaiki motosikal jenis Honda Wave bergerak dari lampu isyarat Taman Bersatu menghala ke Kuala Kedah manakala kereta Proton Satria dipandu remaja terbabit dari arah bertentangan.

“Kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke pembahagi jalan sebelum masuk ke arah bertentangan lalu bertembung dengan motosikal dinaiki mangsa,” katanya.

Sumber: PDRM Via Buletin TV3/Kosmo

Remaja Tak Mempunyai Lesen Memandu & Tak Bersekolah

Tambah Syed Basri, hasil pemeriksaan pihak polis mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu selain tidak bersekolah.

“Kereta itu pula dipercayai milik rakan ibu remaja itu. Saman dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan kerana membenarkan remaja bawah umur memandu,” jelasnya.

Siasatan awal di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kereta tersebut yang gagal mengawal kenderaannya.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

Baca Artikel Berkaitan: Jodoh Tak Kesampaian, Lelaki Maut & Tunang Parah Kereta Langgar Besi Penghadang Jalan

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Lori Maut Langgar Kenderaan ‘Misteri’ Di Karak

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.